Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Feb: PAS kesal dengan kerapuhan sistem keselamatan agensi Pertahanan Negara mutakhir ini kerana sebelum kes kehilangan enjin pesawat F-5E selesai, kini timbul pula isu kebocoran maklumat sulit Angkatan Tentera Malaysia.

Menurut ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, angkatan tentera sepatutnya menjadi contoh dan penanda aras kepada sistem keselamatan agensi pertahanan lain, namun insiden terbaru ini menimbulkan kebimbangan dihati rakyat kerana negara ini boleh dianggap tidak selamat.

“Apa sahaja kekuatan dan kelematan sistem pertahanan yang ada dalam negara ini begitu senang diketahui musuh.

“Intergriti anggota keselamatan negara bakal menjadi pertikaian jika ianya gagal ditangani segera,” katanya.

PAS jelasnya yakin, insiden pembocoran maklumat ini melibatkan pegawai-pegawai kanan berpangkat tinggi kerana dari segi amalan kerahsiaan dalam organisasi Kerajaan dan Pertahanan, hanya mereka yang yang berpangkat tinggi sahaja mempunyai akses terhadap maklumat bertaraf sulit, rahsia dan rahsia besar.

PAS menggesa agar agensi Keselamatan Negara membuat kajian semula tentang tahap keselamatan yang ada kerana rakyat memerlukan satu jaminan yang kondusif terhadap tahap keselamatan negara.

“Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dinegara maju seperti Jepun pasti akan meletakan jawatan jika perkara sebegini berlaku, adakah Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan  Malaysia perlu dibiarkan sahaja sedangkan ini adalah insiden kedua yang melibatkan kecuaian yang besar dibawah pentadbiran mereka,” katanya lagi.

PAS tegasnya mahu kerajaan mendakwa dan memberikan hukuman yang berat kepada pengkhianat negara yang terlibat dalam kes ini.

” DPP PUTRAJAYA – ISU KESELAMATAN NEGARA TIDAK BOLEH DIKOMPROMI SAMA SEKALI, KAMI DGN TEGASNYA MENGGESA KERAJAAN SEGERA MENDEDAHKAN DALANG SEBENAR ISU INI, ANDA PUN SUDAH BOLEH TEKA BUKAN, TAKKAN IKAN BILIS BOLEH BUAT KERJA2 NI, KERJA2 BESAR INI, LAZIMNYA SOTONG2 KURITA LAH YG BOLEH BUAT…”

Harakahdaily
PETALING JAYA, 5 Feb: Kerajaan Persekutuan gagal memberikan penjelasan berhubung ketirisan berjumlah RM28 bilion perbelanjaan kerajaan seperti yang didahkan Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara Oktober tahun lalu.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, ketika berucap merasmikan portal berita KONSUMERKINI pagi tadi berkata, sehingga kini belum ada penjelasan berhubung ketirisan yang berlaku itu.

Kerajaan sewajarnya menggunakan semua saluran komunikasi yang ada bagi menjelaskan kepada rakyat tentang ketirisan atau pembaziran tersebut agar tidak wujud kekeliruan.


Selain itu, penjelasan tersebut juga penting agar kekeliruan tersebut tidak diguna pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik.

”Kerajaan sudah tentu mempunyai maklumat sebelum sesuatu dasar atau peraturan itu dibuat.

“Maklumat itu perlu dikongsi bersama-sama oleh rakyat, termasuk pegawai kerajaan, penghulu dan ketua kampung. Apabila mereka mempunyai maklumat yang cukup, mereka dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang dasar kerajaan,” tambah beliau lagi.

Rakyat juga jelasnya perlu diberi penerangan dan penjelasan berhubung hasrat kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2011 dan penstukturan subsidi petrol pada Mei 2010.

“Rakyat perlu diberikan maklumat tentang perlaksanaan dasar-dasar ini supaya mereka tahu apa yang sebenarnya hala tuju kerajaan,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan portal berita KONSUMERKINI kelolaan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) di Institut Pemasaran Malaysia di sini

Kewujudan web itu jelasnya sangat bertepatan bagi menyalurkan maklumat dan kesedaran kepenggunaan kepada pengguna agar mereka dapat membuat keputusan yang bijak dalam perbelanjaan

“MENCARI DIMANA PUNCANYA HILANGNYA DUIT KERAJAAN HARI INI, PELBAGAI BAJET DIPOTONG, KUTEMU JAWAPANNYA DISINI, SENANG HATI PUAK UMNO NI, DUIT RM28 BILION DIA BUAT MCM RM28 RINGGIT JER..BUAT SENYAP JER…”

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 5 Feb: PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan Belanjawan  2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

“Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.

“DPP PUTRAJAYA – UMNO SENTIASA INGIN JADI JUARA RAKYAT, JUARA ORG MELAYU, ISLAM, TETAPI FAKTANYA, UMNO SENTIASA MEMBELAKANGKAN MELAYU DAN ORG ISLAM, BUKTINYA JELAS KETIKA SEBELUM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH PULAU PINANG, DIMANA ISLAM DAN ORG MELAYU DILETAKKAN??SAMA2 KITA BERFIKIR, BANGSA YANG BERJAYA, BANGSA YG BERFIKIR!!!”

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Jika apa yang Datuk Nasir Safar lontarkan itu disebut oleh pimpinan Pakatan Rakyat, pasti mereka sudah dipenjarakan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. (www.harakahdaily.net)

Tegasnya, PAS tetap menolak ISA dan Akta Hasutan dan mahu Nasir didakwa segera di mahkamah.

Katanya, jika para blogger yang menghina institusi Beraja di negara ini boleh dibicarakan, maka Nasir juga berhak untuk menerima tindakan yang serupa walaupun beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Khas Perdana Menteri.

PAS juga, katanya bertegas mendesak pihak polis melakukan siasatan dan membuat pendakwaan terhadap Nasir yang terang-terangan menghina kaum India dan Cina di negara ini.

Tambahnya, PAS sesekali tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang mempertikaikan hak mana-mana kaum yang sah taraf sebagai warganegara ini.

Katanya, selagi Umno, MIC dan MCA masih wujud, isu perkauman akan sentiasa menjadi bahan pertikaian.

“PAS melihat tindakan Nasir ini sebagai natijah penglibatannya yang sekian lama bergelumang dengan parti perkauman Umno.

“Nasir perlu dibicarakan kerana jelas pandangannya itu telah menghina intitusi Perlembagaan negara ini yang menjamin hak setiap warganegara tanpa mengira kaum,” katanya.

Tambahnya, walaupun Nasir menafikan itu pendirian Perdana Menteri, namun jelas Perdana Menteri telah gagal untuk mengajar pegawainya untuk memahami gagasan 1 Malaysia yang dicanangkannya.

Menurutnya, jika pegawai yang rapat dengan Najib boleh menganggap gagasan itu sebagai remeh, bagaimana rakyat mahu percaya keikhlasannya terhadap dasar berkenaan.

DPP PUTRAJAYA – SELAGI UMNO BE END BERAJA, SELAGI ITULAH DOUBLE STANDARD MERAJA

Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.

Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru – skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.

Kes hairan yang benar-benar pelik

Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur (“HKL”) yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu. Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya.Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya “si mangsa”yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa. Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.

Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu iti Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel COncorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619. Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah. Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.

Umum juga telah didedahkan “si mangsa” ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa. Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.

Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir. Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.

Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak. Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan “plastik” yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.

Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa. Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, “tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …” sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.

Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu. Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.

Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.

Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.

Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful. Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.

Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar

Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor. Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri. Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.

Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar. Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.

Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:
”Dalam keadaan ini, apakah beliau (“Anwar”) dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?”

Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar. Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!

Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari. Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia. Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan – laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku “bersalah” hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu. Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya ( Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden ).

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697]menyatakan:

“Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan. Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang.”

DPP PUTRAJAYA- RAKAN-RAKAN, MARI BERFIKIR, YANG BENAR TETAP BENAR, YANG BATIL TETAP BATIL

Dipetik dari http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=2244

(Kredit kepada tranungkite.net)

“Malaysia ni dah jadi macam negara kartun. Apabila saya keluar negara, malu nak mengaku warga Malaysia. Antara soalan lazim yang saya dengar ialah mengapa kerajaan suka fitnah guna isu liwat? Modal BN ialah tuduh liwat, tuduh ejen Zionis, ejen Amerika, ejen DAP, ejen Taliban dan macam-macam ejen lagi lah. Apa pun, selaku peguam, saya rasa jijik dengan kes ni. Mari lihat 10 Misteri kes ini:
Penyiasatan dan pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim telah menimbulkan pelbagai persepsi dan spekulasi. Meskipun Anwar Ibrahim belum di dakwa secara rasmi di mahkamah, terdapat pelbagai kepincangan dalam siasatan dan dalam perjalanan kes ini. Berikut ialah 10 perkara misteri dan luar biasa yang timbul dalam kes Anwar.

1. Bukti asas tak dibenarkan

Menurut logik akal sesiapa yang berakal, orang yang dituduh mestilah diberi peluang untuk membela diri. Untuk membela diri, tertuduh lazimnya akan dibenarkan melihat dokumen-dokumen yang relevan, agar dapat menyiapkan pembelaan.

Contohnya, jika Kassim dituduh merogol Rosna, dan Kassim mendapat maklumat bahawa laporan perubatan mengesahkan Rosna masih dara, tentulah Kassim berhak untuk melihat dokumen tersebut untuk menyediakan pembelaanya. Dalam kes Anwar, agak pelik kerana permohonan asas ini pun tidak dibenarkan.

Dalam kes Anwar ni, ada bukti CCTV, rakaman keluar masuk kawasan tersebut. Mengapa Anwar tidak dibenarkan melihat rakaman-rakaman ini untuk menyediakan pembelaan? Misteri….

Ingat senang ke nak bela diri bila bukti asas tidak dibenarkan..

2. Laporan Pengadu enggan diserahkan mulanya Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Lazimnya, apabila seseorang yang dituduh dengan sesuatu kesalahan meminta laporan polis yang dibuat oleh pengadu, ianya akan dibekalkan dalam masa seminggu ke dua minggu oleh pihak polis.Tanpa laporan pengadu, orang yang tertuduh sukar membela diri kerana apa yang didakwa pun tentulah tidak jelas. Pengalaman penulis memohon laporan polis bagi membela anak guam membuatkan penulis hairan kerana penulis pernah beberapa kali mendapat laporan pengadu pada pagi yang sama penulis memohon.

Kenyataan Hamid Albar dulu bahawa laporan enggan diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal kerana masyarakat maklum Anwar telah ditahan oleh polis, keterangannya telah diambil dan beliau perlu membela diri dan reputasinya. Ini meyakinkan masyarakat bahawa laporan polis belum ada dan perbincangan sedang dibuat berhubung inti laporan tersebut untuk mendapatkan tarikh dakwaan yang paling sesuai. Setelah sekian lama, barulah laporan diserahkan.

3. Anwar disabitkan bersalah sebelum dibicarakan

Apabila bekas PM Pak lah diminta mengulas berhubung kes Anwar, Pak Lah dengan segera berkata bahawa memanglah penjenayah akan menafikan kesalahannya. Belum pun perbicaraan bermula, Anwar sudah disabitkan sebagai pesalah oleh Pak Lah.

Pada masa yang sama, apabila Pak Lah diminta mengulas berhubung dakwaan ke atas najib dan Rosmah, Pak Lah dengan segera menyatakan bahawa Pak Lah berkeyakinan penuh bahawa Najib dan Rosmah tidak bersalah. Jika Mahathir dikaitkan dengan konspirasi perlantikan hakim, pak Lah selangkah ke hadapan dengan melantik dirinya sebagai hakim tidak rasmi.

Media UMNO pun segera menghukum Anwar seolah-olah sudah sabit kesalahan.

4. DNA baru Anwar diminta oleh UMNO.

DNA Anwar sudah lama dimiliki oleh pihak polis berikutan siasatan kes lamanya. Paten DNA tidak akan berubah. Justeru DNA baru tidak diperlukan melainkan jika hendak digunakan sebagai bukti palsu yang hendak dicalit dibadan pengadu. Tindakan Khairi dan Pak Lah yang berulangkali menuntut Anwar memberi DNA barunya menimbulkan tanda tanya berhubung tujuan mereka. Apabila Anwar mendedahkan perkara ini di dalam muka depan Suara Keadilan, Pak LAh dan Khairi diam membisu. Kalau anak dara yang diam, ini bermakna anak dara tersebut setuju dengan pinangan.

5. Laporan Pusrawi Perlu diakui bahawa laporan Pusrawi sebelum ini bukanlah laporan rasmi bagi kes Anwar.

Meskipun begitu, fakta bahawa seorang doktor, meskipun bukan doktor pakar kes liwat, telah melihat lubang punggung Saiful dan tiada sebarang kesan koyakan atau apa-apa tanda diliwat adalah relevan. Meminjam istilah yang selalu digunakan di dalam kes-kes berkaitan Puspakom, pemeriksaan yang dibuat adalah pemeriksaan mata kasar.

Meskipun begitu, ianya tetap relevan dan keterangan sudah cukup untuk menimbulkan keraguan munasabah. Pejabat Peguam Negara selama ini tidak membuat pendakwaan melainkan yakin dengan tahap 90% bahawa tertuduh memang bersalah dan bukti-bukti yang ada benar-benar kuat.

6. Bukti alibi Anwar memadai Kepincangan dalam kes ini semakin menjadi-jadi apabila pihak polis berkeras meminta DNA baru Anwar sedangkan bukti alibi Anwar tidak dikaji.

Sepatutnya, polis menyerahkan laporan Saiful kepada Anwar supaya Anwar boleh membela diri dengan menjelaskan di mana Anwar berada pada tarikh yang didakwa Saiful berlaku liwat tersebut.

Seterusnya, alibi Anwar perlu disiasat. Sebagai contoh, Antihusam (blogger UMNO) mendakwa punggungnya telah saya liwat pada pukul 11 malam , 20 Julai 2008 di Hotel Sunway. Saya akan memaklumkan bukti alibi saya pada waktu itu. Contohnya, saya menyatakan bahawa pada waktu tersebut, saya menghadiri ceramah Ustaz Hadi di markas Pas.

Terdapat lebih 20 kawan saya yang boleh membuktikan kehadiran saya. Justeru, mustahil saya meliwat Antihusam. Apabila pihak polis selesai menyoal alibi-alibi saya dan berpuas hati bahawa saya mustahil meliwat Antihusam, siasatan patut ditamatkan. Begitulah juga dalam kes Anwar. Tindakan pihak polis yang beria-ia mahukan DNA baru Anwar kelihatan senada dengan Pak Lah dan Khairi.

7. Pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara UMNO ke sana ke sini membuat kenyataan bahawa kes Anwar tidak akan diuruskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana Peguam Negara sendiri sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa yang dibuat oleh Anwar.

Pendakwaan, jika jadi, akan dibuat oleh Peguam Cara Negara. Masyarakat sedia maklum bahawa pendakwaan masih akan diteruskan oleh Pejabat Peguam Negara sekalipun diketuai oleh Peguam Cara Negara. Adalah pelik bin ajaib untuk mendakwa Pejabat Peguam Negara tidak akan dipengaruhi oleh Peguam Negara. Nama pun Pejabat Peguam Negara.

8. Laporan HKL Timbul isu terbaru bahawa laporan rasmi HKL turut bocor dan laporan tersebut menyatakan bahawa Saiful memang tiada tanda-tanda diliwat dan mustahil Saiful diliwat.

Ini menunjukkan Saiful tidak ikhlas membantu BN.

Sekiranya Saiful komited membantu BN, Saiful sepatutnya pergi ke Lorong Haji Taib dan menyuruh pondan-pondan di situ meliwatnya beberapa kali agar kesan liwat ketara.

Ini menunjukkan perancangan lemah BN dan ketidak ikhlasan Saiful dalam membantu BN.

9. Isu motif dan tujuan Kes ini menimbulkan keraguan yang cukup banyak apabila kepimpinan UMNO seperti Najib mengakui telah berjumpa dengan Saiful sebelum saiful membuat laporan polis.

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Anwar adalah musuh politik UMNO. Justeru, polis sepatutnya menyiasat kebarangkalian berlakunya konspirasi dikalangan UMNO untuk menganiayai Anwar seperti yang pernah dibuat sebelum ini. Sebelum ini, mahkamah telahpun membebaskan Anwar dari tuduhan liwat yang dijaja oleh UMNO berdasarkan sekeping surat layang.

10. Terlampau banyak percanggahan fakta kes oleh BN Pada mulanya, Najib mendakwa tidak pernah berjumpa Saiful.

Kemudian, Najib mendakwa pula bahawa najib pernah berjumpa Saiful 2 bulan dulu di pejabat untuk membincangkan biasiswa.

Kemudian, Najib berkata pula bahawa Najib telah berjumpa Saiful 2 hari sebelum laporan polis dibuat untuk membincangkan biasiswa. Tiba-tiba, Najib mendakwa pula Najib telah memegang tangan Saiful yang kesejukan 2 hari sebelum laporan polis dibuat di rumah Najib sendiri apabila Saiful yang kononnya ketakutan datang mengadu diliwat.   Saiful pula mulanya mendakwa diliwat pada 26 haribulan di sebuah kondo di Malaysia.

Apabila Anwar kelihatan mempunyai bukti alibi yang kukuh, saiful menjadi terdesak. Kemudian, Saiful menyatakan pula bahawa dia telah 3 kali menemani rombongan Anwar ke luar negara dengan memberi “hint” bahawa dia kononnya telah diliwat-liwat di luar negara beberapa kali. Ini menimbulkan pelbagai tanda Tanya. Mengapa seorang lelaki yang kelihatan tinggi dan sihat seperti Saiful membiarkan dirinya diliwat-liwat beberapa kali dan terus menemani Anwar ke mana saja. Sebagai contoh, jika saya diliwat oleh sesiapa, saya akan trauma dan akan segera menjauhkan diri dari orang tersebut.

Selain itu, Saiful juga sentiasa kelihatan ceria. Demi Allah, selama saya bekerja sebagai peguam, belum pernah saya menemui mangsa rogol atau mangsa liwat yang begitu ceria. Mangsa kes serangan seksual akan trauma, malu dengan masyarakat, rasa rendah diri dan biasanya mengalami kemurungan.

Saiful juga seorang lelaki. Tidak semudah itu hendak menembusi lubang punggung seorang lelaki. Asalkan saiful mengeraskan punggungnya, mustahil Anwar dapat meliwatnya.

Sekiranya Saiful benar-benar hendak diliwat, dua atau tiga orang lelaki gagah diperlukan untuk memegang Saiful dan lubang punggung saiful perlu disapu minyak terlebih dahulu sebelum diliwat. Sekiranya ini yang berlaku, mustahil Saiful akan terus mengikut Anwar ke sana sini sehinggalah menemani rombongan Anwar ke luar negara sebanyak 3 kali.

Sebagai kesimpulan, kes Anwar Ibrahim ini tidak layak dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan. Sekiranya saya ialah hakim bagi kes tersebut, saya akan melempar fail pendakwaan ke lantai kerana terlalu banyak kepincangan.

Apa pun , saya doakan agar Allah (Allah di sini merujuk kepada Tuhan yang disembah orang Islam, bukan Jesus atau mana-mana sembahan golongan syirik) membuka hati hakim-hakim berkenaan agar memutuskan berasaskan keadilan. Amin.

p/s: UMNO ni bijak juga. Timbulkan isu nama Allah dan dakwa Anwar dekat mahkamah, maka tumpuan pun beralihlah dari isu korupsi, siu pengkhianatan negara dengan menjual enjin jet pejuang kepada syarikat asing, isu Altantuya, isu komisyen kapal selam, isu bakar gereja, isu pijak kepala lembu dan banyak lagi.

“DPP PUTRAJAYA – KAMI MEMBENTANGKAN HUJAH, ANDA FIKIR-FIKIRKAN, BENAR MEMANG BANYAK MISTERI…”

Oleh: sofiwahab

“Saya tidak hairan dan pelik jika seorang ahli dan pendokong kerajaan yang ada sekarang mengeluarkan kenyataan bersifat rasis kerana parti pemerintah yang ada sekarang memang diasaskan atas dasar perkauman.
Umno atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, MCA dan MIC sememangnya ditubuhkan atas kepentingan Melayu, Cina dan India. Parti-parti tersebut digagaskan untuk memperjuangkan bangsa masing-masing sesuai dengan nama parti-parti mereka.

Jadi tidak pelik jika pemimpin parti-parti tersebut atau orang-orang suruhan mereka mengeluarkan kenyataan berbau perkauman sempit yang mungkin mengguriskan hati kaum yang lain.

Tidak ada yang pelik dan mengejutkan jika Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di Melaka pagi semalam.

Jadi tidak pelik jika pemimpin parti-parti tersebut atau orang-orang suruhan mereka mengeluarkan kenyataan berbau perkauman sempit yang mungkin mengguriskan hati kaum yang lain.
Tidak ada yang pelik dan mengejutkan jika Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman di Melaka pagi semalam.
Ini kerana parti yang didokong oleh tuannya sendiri dengan jelas berjuang atas dasar perkauman sesuai dengan namanya. Umno untuk Melayu, MCA untuk Cina dan MIC untuk India.

Bagi saya Datuk Nasir mengeluarkan kenyataan yang relevan dengan parti yang disokongnya. Cuma rakyat kena berhati-hati dalam memberikan sokongan kepada parti-parti perkauman yang sentiasa mementingkan kaum mereka sendiri. Mereka kadang-kadang langsung tidak sensitif dengan kawan-kawan dari bangsa lain.
Di sinilah sebenarnya perbezaan antara Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) dengan BN. PAS dengan jelas meletakkan Islam sebagai asas perjuangan merentasi garis sempadan kaum, agama dan ideologi. Sebab itu PAS sentiasa terbuka membela semua kaum sesuai dengan tuntutan Islam itu sendiri.
Begitu juga DAP dan PKR yang diasaskan bukan atas dasar perkauman sempit. Ketiga-tiga parti utama PR ini menerima sesiapa sahaja menjadi ahli atau penyokongnya tanpa membezakan warna kulit, agama dan budaya.
Sejak dari dahulu lagi saya secara konsisten menyeru rakyat Malaysia supaya membuka mata dan hati mereka menolak parti-parti perkauman seperti Umno, MCA dan MIC. Mari sama-sama kita bina Malaysia Baru yang komited berjuang untuk semua kaum dan agama.
PR telah membuktikan kejayaan mereka menangani isu sensitif perkauman dan agama apabila berjaya mengadakan dialog antara agama dalam menangani isu penggunaan kalimah Allah. Ini menunjukkan PR lebih matang, terbuka dan ssuai untuk didokongi oleh semua kaum.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar ‘1Malaysia’ di Melaka semalam, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

http://mutaligat.blogspot.com

DPP PUTRAJAYA – HANCUR LEBUR GAGASAN WANG(1) MALAYSIA, MEMANG SUDAH DISEDARI DARI DAHULU LAGI UMNO INI PARTI RASIS, MANA ADA PERPADUAN ANDAI PERKAUMAN DIAMALKAN, PERPADUAN HANYA HADIR ANDAI ISLAM MEMAYUNGI KEHIDUPAN KITA SEKALIAN, ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN!!!

KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.

Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.

Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan ‘God’ dalam Bahasa Inggeris.

Ekoran isu ini, 11 buah gereja telah diserang termasuk dibakar. Dua hari lepas, kepala babi hutan pula diletak di dalam dua buah masjid di Petaling Jaya, Selangor.

PAS telah mengambil sikap ‘Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam’.

Namun begitu, Umno berpendirian menentang Kristian menggunakan nama Allah dan Menteri Dalam Negeri sendiri pernah berkata, pihaknya tidak boleh menyekat orang ramai untuk berdemo di masjid ekoran keputusan mahkamah menerima permohonan majalah Herald itu.

Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali semalam mendakwa, beliau mempunyai maklumat, pihak yang telah ditangkap polis kerana disyaki terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Melawati adalah anggota Pemuda Umno.

Berdasarkan kepada kes kepala babi di dua buah masjid di Petaling Jaya pula, pakar berpendapat ia kerja orang Melayu kerana kepala babi itu adalah babi hutan dan ia diletakkan dalam plastik.

Berdasarkan latar belakang inilah, kira-kira 200 pemimpin lima agama terbesar di Malaysia berhimpun di Kota Bharu dalam masjlis makan tengahari yang dihoskan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini.

Sebelum ini, dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, “Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini.”

Dipetik dari : harakahdaily.net

# Tahniah kami ucapkan kepada TokGuru, mudah2ha kita terus menerus mencari titik temu bukan titik perpecahan!!!

Ayuh..mari kita sama2 menyertainya…eratkan persaudaraan, sihatkan badan, orang muda sentiasa geng kiter :D

Sasaran sifar jenayah syariah bermatlamat memastkani dan merealisasikan Putrajaya sebagai Bandaraya Firdaus.

Utusan Malaysia : KATA orang mempertahankan apa yang dimiliki adalah lebih sukar berbanding memperolehinya. Namun, ia bukan menjadi halangan bagi Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) cawangan Putrajaya.

Jawi mahu merealisasikan hasrat mengekal dan memastikan Wilayah Persekutuan Putrajaya bukan sahaja indah dan cantik dari sudut fizikal tetapi juga molek daripada sudut akhlak para penghuni dan pengunjungnya.

Maklumlah, Putrajaya yang dikelilingi oleh flora dan fauna serta pelbagai infrastruktur untuk kemudahan para pengunjung turut tidak terlepas daripada perbuatan vandalisme dan juga perlanggaran Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Tugas mencegah kemungkaran lebih-lebih lagi maksiat ini pula amat dibenci oleh sesetengah masyarakat. Hinggakan bukan sesuatu yang rahsia, anggota penguat kuasa agama diherdik, dicaci dan dimaki.

Lebih teruk lagi, mereka turut disaman kerana melaksanakan tugas mencegah kemungkaran.

Sebenarnya, tanggungjawab mencegah kemungkaran ini bukan hanya tugas pihak berkuasa tetapi tanggungjawab kita bersama.

Ini berdasarkan sabda Nabi SAW: daripada Abu Said katanya: aku dengar Rasulullah bersabda: Siapa yang melihat (dan tahu) sebarang kemungkaran, maka hendaklah diubahkannya dengan tangannya (kuasanya), kalau tidak berkuasa, maka (ubahlah) dengan lidahnya, dan kalau tidak mampu juga, maka ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman. (riwayat Muslim).

Namun, itulah tugas dan tanggungjawab berat yang ditanggung oleh Jawi sebagai agensi agama dalam memastikan kawasan Putrajaya seluas 4,391 hektar dengan kos RM20.5 bilion itu bersih atau sifar maksiat.

Ia selaras dengan firman Allah yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang mungkar (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman…(ali-Imran: 110)

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, untuk itu pihaknya meningkatkan keanggotaan Unit Penguat Kuasa daripada empat kepada 10 orang.

Katanya, ini dilakukan untuk memelihara keindahan dan kecantikan Putrajaya daripada sebarang perlakuan tidak berakhlak sama ada oleh penduduk setempat atau para pengunjung termasuk pelancong asing.

Beliau juga menegaskan, sebarang perlakuan tidak sopan dan tidak berakhlak akan dibendung.

Malah pada tahun 2010 ini, beliau juga akan turun padang bersama-sama petugas Jawi untuk memastikan segala perlakuan tidak sopan ini dapat dihentikan.

“Sasaran sifar jenayah syariah menerusi pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan menjadi matlamat utama kita dalam memastikan Putrajaya mampu direalisasikan sebagai Bandaraya Firdaus seperti yang pernah diungkapkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya kepada Mega, baru-baru ini.

Di bawah perkara 12.1 Seksyen 27 (khalwat) adalah menjadi kesalahan bagi:

a) Lelaki yang didapati bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya,

b) Wanita yang didapati bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,

di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Di bawah perkara 12.2 Seksyen 29 (Perbuatan tidak sopan di tempat awam) sesiapa yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan.

Jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan tahun atau kedua-duanya.

Menurut Che Mat, pihaknya juga mendapat kerjasama Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri untuk mengeluarkan perintah mengosongkan kuarters bagi kakitangan kerajaan yang terlibat dengan kesalahan jenayah syariah.

Pada masa yang sama, beliau menyeru umat Islam sebagai majoriti daripada kira-kira 37,000 penduduk kawasan itu agar sentiasa mengimarahkan rumah-rumah Allah terutamanya Masjid Putra dan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin. Selain itu, terdapat 34 surau di Putrajaya.

Adalah malang, jika masjid yang indah dan dibina dengan kos yang mahal itu hanya mempunyai bilangan jemaah yang sedikit pada setiap kali solat waktu dan juga program-program kerohanian yang dijalankan.

“Saya berharap umat Islam di Putrajaya menggunakan sepenuhnya kemudahan masjid dan tempat-tempat ibadat yang disediakan oleh kerajaan. Ia bukan sahaja untuk ibadat khusus tetapi juga lokasi kegiatan kemasyarakatan untuk memupuk ukhuwah,” jelasnya.

Sehubungan itu, kata Che Mat, pihaknya turut mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik penyertaan masyarakat Islam mendekatkan diri dengan masjid.

Antaranya, Explorace remaja dan belia di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, program pemantapan akidah dan akhlak, sambutan hari-hari kebesaran dalam takwim Islam, majlis ramah mesra Tahun Baru dan Festival Dakwah.

Menyorot sejarah, dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar, kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994.

Berbanding Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjadi bandar gergasi setanding Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Pada 10 Mei 1999, Kompleks Pejabat Perdana Menteri mula beroperasi. Putrajaya menjadi penanda aras kepada pembangunan dan pentadbiran sesebuah bandar baik di peringkat dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.

Menurut Che Mat, umat Islam di negara ini dan Putrajaya khususnya perlu menggunakan semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya sebagai tanda bersyukur atas nikmat Allah.

Ini penting kerana Allah telah berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”. (Ibrahim: 7)

# Dewan Pemuda Pas Putrajaya Menyokong penuh hasrat ini dan akan berusaha untuk berkerjasama dalam membanteras perkara mungkar ini, syabas JAWI .

Next Page »