| Salmiyah Harun Sun | Mar 02, 08 | 8:31:17 pm MYT |
|
PUTRAJAYA, 2 Mac (Hrkh) - Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut hebat kira-kira 4,000 penduduk Putrajaya di Dewan Besar kompleks serbaguna Presint 9, petang tadi. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, yang tiba di Putrajaya kira-kira jam 6.45 petang tidak menghampakan penduduknya biarpun beliau hanya sempat meluangkan masa selama kira-kira 15 minit.
Beliau tiba dari Kelantan untuk menghadiri program bersama anak-anak Kelantan di perantauan (Perakan) di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur malam ini. Tidak menghampakan rakyat, Tuan Guru Nik Aziz terus menuju ke Putrajaya bagi memenuhi permintaan pengundi-pengundi Putrajaya untuk mendengar amanat beliau sendiri. Biarpun hujan lebat turun, para pengundi tidak berganjak malahan mereka terus memenuhi ruang di dalam dewan tersebut. Memandangkan dewan yang hanya boleh memuatkan 1,000 orang, pihak penganjur menyediakan skrin besar di luar dewan. Di akhir ucapan Tuan Guru meminta rakyat Kelantan yang mengundi di negerinya agar jangan lupa balik pada hari mengundi, 8 Mac ini. “Semua rakyat Kelantan pakat balik mengundi pangkah bulan,” katanya yang diikuti takbir daripada orang ramai.
“15 minit beliau berucap dah cukup, penduduk Putrajaya hanya nak tengok Tok Guru saja, orang yang sentiasa difitnah oleh media arus perdana,” katanya. Mohamad Nor juga percaya pengundi yang hadir pada petang ini adalah di kalangan penduduk Putrajaya dan berharap apa yang disampaikan Tuan Guru Nik Aziz melekat di hati mereka. Menurut penganjur program Ceramah Perdana itu dipancarkan secara langsung ke seluruh dunia melalui laman web. P.125 Parlimen Putrajaya menyaksikan satu lawan satu antara Mohamad Nor Mohamad (PAS) dengan Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN), BN yang menang majoriti pada 2004 dengan KeADILan sebanyak 3,546 undi. Di Presint 9 mempunyai 3,000 pengundi yang majoritinya di kalangan orang Melayu Islam. – mr/mks. |
Sunday, March 2, 2008
Tuan Guru Nik Aziz dapat sambutan hebat di Putrajaya
Posted by dppputrajaya under Kenyataan Media[16] Comments
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, yang tiba di Putrajaya kira-kira jam 6.45 petang tidak menghampakan penduduknya biarpun beliau hanya sempat meluangkan masa selama kira-kira 15 minit.
Calon PAS Putrajaya, Mohamad Nor Mohamad ketika ditemui, berkata walaupun Tuan Guru hanya sempat berucap pendek, bagaimanapun itu sudah memadai dan memberi kesan kepada penduduk.
Monday, March 3, 2008 at 9:10 am
Memang la hebat……..Import orang dari luar…Gombak, Puchong, Dengkil, Sepang, Kajang. Tuan Guru sampai jam 7.00 malam bukan jam 6.45 ptg. Lebih kurang 10 minit lepas itu hujan lebat. Jam 7.15 ramai yang keluar hujan lebat nak kejar sembahyang maghrib.Yang tak lari cuma kami Pemuda UMNO Putrajaya yang tetap tunggu di dalam MPV Pemuda BN Sedia Gempur di luar dewan sehingga semua pelawat-pelawat PAS dari luar beredar. Kereta terakhir beredar pada jam 7.45 mlm dan kami pun beredar utk bersolah maghrib.
Lagi satu..Dewan tu cuma boleh muat 1,200-1,300 kalau berdiri dan kalau di luar dewan boleh tampung 200-300 orang. Dalam jumlah besar cuma 1,400-1,600. Wahai Pemuda Pas Putrajaya jgn la tambah-tambah cerita. Kami tinggal, makan, beranak, berkahwin di Putrajaya. Kami tahu capacity semua dewan komuniti di Putrajaya. Tapi kalau nak masukkan budak-budak kecil umur 6 bulan sampai 12 tahun yg hadir mungkin la kot. Itu pun takkan sampai 2,400 budak.Kalau nak tunjuk gagah di Putrajaya pun jgn sampai nak menipu.
Inilah masalah PAS, suka menambah2 cerita. Waima, inilah ciri-ciri orang yang munafik. Inikah pemimpin yang ingin kita berikan undi…TAK NAK pada PAS.
Monday, March 3, 2008 at 9:18 am
HARI INI DALAM SEJARAH………
Hadirin dari luar yang dengar ceramah PAS di Dewan Komuniti Presint 9, Putrajaya dapat “flyers” BN.
SOKONGLAH BN………
Monday, March 3, 2008 at 9:28 am
MAJORATI PELAWAT PAS SESAT JALAN………..
Dek kerana kerana semangat berkobar-kobar nak penuhkan Dewan Komuniti Presint 9, Pemuda PAS sanggup menyatakan “Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut hebat kira-kira 4,000 penduduk Putrajaya di Dewan Besar kompleks serbaguna Presint 9, petang tadi”
Mana ada penduduk Putrajaya seramai itu nak dengaq dakyah-dakyah PAS……Kami bukan orang UTAN nak dengar ceramah PAS. Toksah dok bohong la.
Bukti semua yang datang ke ceramah PAS orang luar adalah: Mereka telah tersesat jalan nak sampai ke Dewan Komuniti Presint 9…..
Kalau betoi la 4,000 orang tu penduduk Putrajaya (kampung den), takkan la tersosat kut. Botoi-botoi la PAS ni suka menipu…..Dopan mato den. Den tengok ramai yang datang dari luar. Ado la 10-20 buah kereto orang Putrajayo.
Monday, March 3, 2008 at 9:43 am
BENDERA BIRU GERGASI BN sambut Tuan Guru…..
Bendera biru gergasi BN telah digantung di hadapan jalan bertentangan jalan masukke Dewan Komuniti Presint 9 tepat jam 5 ptg. Bagi menunjukkan bahawa Putrajaya adalah milik mutlak BN…….Tidak akan ada seinci ruang pun di Putrajaya akan diberikan kepada PAS……….
Monday, March 3, 2008 at 3:51 pm
Nampak gaya faisal pun dah ikut rentak Tengku Adnan, melatah tak tentu fasal. Saya nasihatkan faisal buka Harian Metro hari ni ms/16 melaporkan kehadiran 3000 orang. NST pula melaporkan kehadiran 4000 orang. Siapa yang menipu? Cuba cermin diri tu sikit. Putrajaya dibina dengan duit rakyat, cukai rakyat dan hak rakyat, setiap orang ada hak. Come on la, think and act like an adult, jangan ingat semua orang bodoh boleh dicucuk hidung!
Monday, March 3, 2008 at 4:03 pm
I think “Anak Kelate” pun kena act like an adult. Were you at the place?Or you just got the info from the newspaper (I thought you read only Harakah coz other newspapers are liar).And are you from Putrajaya? Or you are just a “visitor” like the others as well………Hanya orang Putrajaya dan berada di situ tahu hal yang sebenar……..Dan hanya orang UTAN je yang nak dengar ceramah PAS………Kita jumpa pada 8 Mac 2008.
Bukan anak kelate….
Monday, March 3, 2008 at 4:12 pm
Brader Anak Kelate,
Saya rasa awak pun patut cermin diri balik sebelum buat sebarang komen. Saya penduduk Putrajaya,dan hadir ke pgrm tersebut. Dewan dan kawasan sekitar tu rasanya tak muat 3,000 atau 4,000.(Awak ni pernah ke pergi ke dewan tu?)Laporan surat khabar biasa la guna “anggaran” termasuk budak2.
Monday, March 3, 2008 at 5:35 pm
Assalamualaikum wahai semua sahabat ku.Yang tak gusar!kita tau dan maklum dengan dakyah Parti Islam Semalaysia ini.3000 ke 4000 ke,itu semua anggaran yang diberikan oleh pihak penganjur.Yang pasti dewan di presint 9 itu tidak mampu menyumbatkan sebegitu banyak manusia.Taktau la pula orang-orang yang hadir ke ceramah semalam sebesar budak sekolah.Yang duduk di luar pun tak sebegitu ramai.Maknanya kita tau la ape maksudnya itu.hehehehe.Untuk Anak kelate,memang Putrajaya hak rakyat,tetapi rakyat yang percaya dabn mengundi barisan nasional.Kerana Putrajaya dibina di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.Bukan ke dulu,katenye kalau PAS menang 2/3 majoriti Putrajaya akan dilelong.Betul tak????
Monday, March 3, 2008 at 9:41 pm
Aku rasa orang BN pun minat nak dengar Tuan Guru ceramah,tapi malu nak masuk sebab dah pakai baju BN.Bendera besar tu pakai duit rakyat atau duit poket diorang.Jangan le belagak bumi ini Allah punya,bukan BN punya.Memang Putrjaya dibina di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional,tapi duit adalah dari rakyat.Bukan orang BN keluar duit poket untuk bangunkan Putrajaya.Jadi apa yang dibanggakan.Duit tu duit rakyat bukan duit hakmilik kerajaan Barisan Nasional.
Monday, March 3, 2008 at 11:08 pm
Ya Panglima Dato Sagor,
Kerajaan Pas pun bukannya berkesan pun pemerintahannya……Dari statistik hari keluar dalam surat khabar kerajaan Pas sudah MUFLIS kerana berhutang dgn kerajaan BN hampir RM1 billion. Walhal hampir 200,000 anak kelantan telah berhijrah keluar kerana tak dapat mencari rezeki di Kelantan. Semua ini berlaku kerana PAS tdk dapat menarik pelabur ke Kelantan. Kalau 1 negeri pun tak boleh nak handle inikan pulak satu negara……Bersatulah dibawah satu payung…..Semua orang tidak perfect kecuali ALLAH……Tegurlah dgn cara yang berhemah insyaallah bersama2 kita membetulkan keadaan.
Tuesday, March 4, 2008 at 1:21 am
Macam den dah cakap….orang berilmu datang, pegi la dengar…yang ko tunggu kat luar tu buat apa…mana tau ramai ke sikit, kalau asyik menjenguk dari luar.Jangan marah ah…kita sedara sesama islam…berbeza pendapat sikit2 tu, ala kira..settle je la….dunia ni bukan kita yang punya, PINJAM je…jgn mengaku kita punya…bahaya tu. ok
Tuesday, March 4, 2008 at 2:23 pm
Tok janggut, ko ni buat malu je guna nama pejuang Islam tu. Tu lah asyik baca Utusan Meloya, Berita Hairan, fikiran pun sempit. Pegi baca laporan audit KSN tentang hutang2 negeri di Msia, tengok siapa sebenarnya yang banyak hutang! Ko faham ke apa maksud muflis tu? Ko tak tengok ke bangunan2 kat kelantan tu terpacak satu demi satu, dari pasaraya besar hingga projek2 pembangunan tepi sungai tu. Buat malu je. Pegi la turun sendiri ke Kelantan! Poyo la
Tuesday, March 4, 2008 at 2:34 pm
Assalamualaikum
Sila lihat video youtube mengenai kelantan:
Tuesday, March 4, 2008 at 2:37 pm
Sajak karangan penyajak terkenal, Dinsman
SAJAK 100 FAKTA KELANTAN
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara
17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya –Takaful Kifalah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah
Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat
18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan
Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda
Karya Dinsman. Dipetik dari akhbar Siasah keluaran 17-23 Februari 2008
Friday, March 14, 2008 at 9:22 am
salam everybody,
aku cam klaka lah korng ni,dan aku terasa amat pelik sebab org PAS yang perjuangkan ISLAM tp suka tunjuk benda xbaik,klu manusia ni blh berfikir dgn baik dan rasional mesti blh nmpk,tgklah org PAS mengajar unk ckp bnda2 xelok,cthnyer dia blh ckp org tak beriman(dia(org PAS))tuhan ke yg tentukan org xberiman,lpstu blh mengkafirkan org,sesedap rasa je.xfaham aku…aku bknlah alim ulama tp dl ms sekolah ustaz aku ajar jgn tuduh org xbaik,dan dl aku slalu gak bc kisah2 nabi,sedangkan nabi dgn musuh pun layan elok,walaupun musuh kafir xpernh pun dia maki2…inilah pejuang islam..huh..tepuk dada tanya selera.
Tuesday, June 10, 2008 at 11:55 pm
Mereka yang dibutakan mata hatinya tidak akan faham malah mengeji perjuangan Islam. Kalau paderi besar di England nampak & mahu menubuhkan undang2 Syariah, malu besar kita sebagai orang Islam menolak perjuangan Islam. Semoga kita tidak termasuk golongan yg dibutakan mata hati. Amin