August 2009


Murid enggan serah 50 sen ditoreh kemaluan

www.bharian.com.my

ALOR SETAR: Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Iskandar di sini, cedera pada kemaluannya akibat ditoreh dengan pisau lipat oleh rakan sekelas kerana mangsa enggan menyerahkan wang 50 sen yang dimintanya, kelmarin.

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan buah zakar Muhammad Amir Amri, 7, luka sepanjang tiga sentimeter.

h1n1Ketika negara kita sedang hebat dilanda wabak H1N1 yang bagi saya tidak ubah seperti yang pernah diucapkan oleh lidah mulia Nabi Muhammad SAW mengenainya:

Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”

Baginda Nabi SAW juga merangkaikan hadis tersebut antara kejadian yang saling berkait bagi mereka yang berfikir dan mahu menjadikan Islam sebagai panduan dan aturan hidup; Muslim baik dan non-Muslim baik.

Sesungguhnya kerosakan yang berlaku di dunia hari ini samada di darat dan di laut segalanya adalah disebabkan oleh kerakusan manusia yang diberi kesempatan untuk memimpin dunia dan urusan mereka.

Ayat 41, surah Ar-Ruum menyatakan; “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia;

Telah Allah SWT bertanyakan kepada malaikat di saat ingin diciptakan Nabi Adam A.S:

najibrazakSurah al-Baqarah, ayat 30 yang bermaksud “Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Lalu para malaikat bertanya, ‘Apakah Engkau hendak menjadi di muka bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah sedangkan kami sentiasa bertasbih dan memuji Engkau?’ Allah menjelaskan; ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Hari ini kebejatan yang telah dinaqalkan (dari hadis Nabi SAW di atas)…. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil) – dapat kita lihat kebenarannya.

Hari ini 1Malaysia dicanang dan digemparkan dengan siri-siri dasar dan approach pemimpin yang bukan setakat tidak mesra rakyat malah yang paling malang ialah tidak mesra Islam- yang dengannya kita akan selamat. Selamat dari petaka yang ditimpakan kepada rakyat darihal kejahilan pemimpin.

replika najibJujur sebagai manusia yang dengan segala kelemahan kita rakyat yang di bawah teramat letih untuk membentuk generasi beriman dan berakhlak sedang dalam masa yang sama pemimpin di atas sana masih dengan jahil-dungu masing-masing.

Kalaulah kami tidak difahamkan dengan janji-janji Allah dan kemurahan-keredhaan Allah SWT kepada kami yang ingin berjuang dijalan-Nya, sudah tentu kami tinggalkan saja kerja-kerja membaiki ummah ini. tetapi sunnah Nabi Yunus tidak mengajar kami bersikap sebegitu.

Selain berjihad menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia ini, kami tidak akan lupa dan juga tidak akan putus-putus berdoa dan berharap sepertimana al-Quran menyebut bahawa Allah SWT akan memberikan pemerintahan dan kekuasaan kepada orang-orang yang beriman dan beramal kebaikan:

TokGuruHjHadi-1‘Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman danhadingail beramal salih, bahawa Ia akan memberikan khalifah                     (menggantikan penguasa-penguasa yang ada) kepada mereka di muka bumi sebagaimana Ia telah memberikan khalifah itu kepada orang-orang sebelum mereka’(QS 24:55)

Pandemik (dari Greek πᾶν pan “semua” + δῆμος demos “orang”) ialah epidemik penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia menyeberangi kawasan luas; sebagai contoh benua, malah seluruh dunia. Penyakit endemik meluas yang stabil dari segi berapa ramai orang jatuh sakit akibatnya bukanlah satu pandemik. Tambahan lagi, pandemik selsema tidak termasuk selsema bermusim. Sepanjang sejarah terdapat sejumlah pandemik, seperti cacar dan penyakit Batuk Kering. Pandemik baru termasuk pandemik HIV dan pandemik selsema 2009. -rujuk wikipedia.

Seperti biasa setiap pagi saya meluangkan masa melayari internet membaca berita dan isu-isu semasa. Jujur saya terkejut apabila membaca satu berita bertajuk “Tengku Puan Pahang dan 5 anakanda hidap H1N1″. Terus saya memberitahu kawan disebelah meja kerja dan kami sama-sama serentak menyatakan rasa dukacita mendengar khabar ini.

tgpuan2

Lantas saya terdetik untuk mengirim artikel ini untuk dikongsi bersama teman-teman alam maya yang lain. Saya juga ingin rakamkan bait doa yang boleh sama-sama kita amalkan. Doa ini seorang teman telah kongsikan ilmunya ketika negara kita sedang diserang wabak H1N1 ini. Doanya:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Selawat dan Salam buat junjungan Nabi SAW, keluarganya dan para sahabat,

doa tgpuan

Semoga DYM Tengku Puan Pahang dan anakanda-anakanda DYM Tengku Puan cepat sembuh.

Ikhlas dari kami:

YD PAS Putrajaya,

Dewan Pemuda PAS Putrajaya.

Tengku Puan Pahang, lima anakanda hidap H1N1

1 Ogos tahun ini telah merakamkan satu lagi kemuncak luahan rasa rakyat berkenaan akta zalim ISA yang sehingga kini masih menjadi alat penguasa zalim Umno-BN untuk terus berkuasa. Hak rakyat berhimpun dihalang jelas sama sekali tidak menunjukkan keikhlasan rejim PM Najib yang mendabik cita ingin menjadi PM Rakyat.

headerhimpunan3

Retorik 1Malysia PM Najib sehingga ke hari ini bukan sahaja menjadi sindiran rakyat malah bertukar menjadi kemarahan rakyat. Semuanya bermula dengan beberapa isu yang menghimpit segenap lapisan rakyat, baik sesiapa pun. Seawal kempen pilihanraya Manek Urai. berikut tindakan bijak kepimpinan PAS yang telah membangkitkan isu royalti kelantan. Kemudiannya kenaikan harga tambang kenderaan awam, tarif elektrik (yang dijamin tidak dinaikkan tahun ini; yang bermakna tahun depan akan dinaikkan), kegagalan mengawal kemerosotan ekonomi negara, isu amah Indonesia, kecelaruan politik dalaman Umno-BN, isu korupsi dan keselamatan, dan terbaru tindakan ganas KDN berhadapan dengan rakyat dalam isu ISA,

Semua yang dinyatakan ini jelas menunjukkan kegagalan pendekatan 1Malaysia PM Najib dan sekiranya semua isu ini diambil kira maka kita yakin petunjuk aras prestasi PM Najib pastinya berada pada tahap gagal dan tidak dapat dipulihkan lagi. Tema 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan hanyalah ungkapan kata yang sedap didengar sahaja.

tg

Hari ini, PM Najib menyatakan bahawa Himpunan Mansuhkan ISA mempunyai motif politik yang (diusahakan oleh PAS). Satu kenyataan politik seorang PM yang tidak bijak, yang hanya mendatangkan kemarahan kebanyakan rakyat. Majoriti rakyat mahukan akta ISA itu dimansuhkan oleh kerajaan.

mat

Ini jelas apabila Menteri Nazri Aziz menyatakan pihak kerajaan (ditelunjuk kerajaan Umno-BN) tidak sesekali dari dahulu mahu menghapuskan akta zalim ISA sepertimana katanya bahawa menghapuskan ISA itu bukan agenda Barisan Nasional ketika ditemui pemberita selepas pelancaran blog dan web Pemuda Umno Papar.


PM Najib jelas tidak memahami kehendak rakyat, barangkali berkhayal rakyat sudah termakan umpan atau mungkin yakin ‘kemenangan moral Umno di Manek Urai’ sudah melonjakkan KPInya untuk mengatur langkah lebih bergaya memasuki pusingan 100 hari kedua. Tidak cukup dengan itu PM Najib juga kebelakangan ini makin lunak melaungkan ikrar untuk menjadi PM Rakyat sehingga tahun 2012. Apakah PM Najib berkira-kira untuk menjadi PM penggal kedua dengan kemenangannya sendiri sebagai pengerusi BN di dalam PRU13 nanti?

Sebelum hal ini terjadi, adalah moleknya kita memahamkan PM Najib dengan bahasa demokrasi rakyat seperti yang ditunjukkan pada hari ini. Dewan Pemuda PAS Putrajaya mencadangkan PAS Pusat mengusahakan pula satu lagi himpunan rakyat; yang kelak kita gegerkan sebagai Himpunan 1Kelantan Tuntut Royalti.

Kita positif Kelantan akan diberikan hak royaltinya Cuma lambat atau cepat. Kita gusar bagaimana nanti royalti itu akan disalur dan digunakan. Kita sudah melihat hal yang berlaku di Terengganu. Bagaimana rakyat Terengganu dipergula-gulakan dengan hak mereka sendiri.

munajat 1k
Cukuplah selama ini rakyat Kelantan dinafikan segala keistimewaan yang sepatutnya dikecapi seperti rakyat negeri-negeri lain. Mujur rakyat Kelantan memiliki jatidiri kewilayahan yang menjadikan mereka matang, celik dan kuat membela negeri mereka. Maka atas sejarah dan kelebihan sifat ini kita merasakan sudah sampai masanya PAS Pusat mengusahakan suatu himpunan, “Himpunan 1Kelantan Tuntut Royalti”.

doa_tg_nikaziz_kecil

Biar ribut, biar kalut,
asal saja mereka tahu,
bahawa kita ingin tuntut,
hak 1Kelantan kita yang mereka pun tahu.