PAS sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa semua pihak seharusnya diberikan hak dan kebebasan untuk berhimpun dan bersuara sebagaimana yang dijamin dan diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

PAS mempertahankan perlunya perpaduan kaum terus dikekalkan dalam negara ini dan sebarang isu yang dicetuskan untuk menghasut sentimen mana-mana kaum samada India, Melayu ataupun Cina hendaklah ditolak.

PAS menganggap sebahagian tuntutan dan tuduhan pihak HINDRAF adalah melampau dan dengan ini menuntut agar pihak kerajaan segera menubuhkan badan bebas untuk menyiasatnya.

PAS dengan ini menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mainan pihak media yang didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional yang cuba mencetuskan ketegangan kaum bagi tujuan meraih undi rakyat dalam pilihan raya umum yang akan datang. Akhirnya yang menjadi mangsa adalah rakyat dan pimpinan parti-parti pembangkang sebagaimana semasa “Operasi Lalang” tahun 1987 dahulu.

3 Disember, 2007

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
PRESIDEN PAS