Email 1:

 

12:12] syooq: Ketua Umno Putrajaya bagi maklumat untuk semua malam tadi, polis menjumpai 1 kontena senjata di batu caves. Hari ahad ni mungkin akan berlaku rusuhan atau darurat di KL. BERHATI-HATI, dan sebarkan pada saudara-mara. Hak melayu islam malaysia dipertikai oleh HINDRAF> (The Hindu Rights Action Force).> Kaum Hindu akan mengadakan rusuhan pada AHAD> 16/12/2007 930pagi berkumpul di Kg Bharu.> > Sebarkan berita ini kepada bangsa melayu yang lain> tak kira UMNO,PAS dan KEADILAN.> Apa-apa kene standby..TANAH KITA HAK KITA,tragedi 13> Mei mungkin berulang (jangan anggap remeh) 11:45 AM—————>mmg dasar KELING…tak habis2 menyusahkan orang!!!..

Email 2:

wiltda13 wrote:
Latest news on rumours about PEKIDA rally on 16th December.

Last night (Saturday 1/12/07), all the PEKIDA big head has gone to Kampung Baru, KL for unusual meeting. According to the source which is a member of PEKIDA, this meeting got something to do with the upcoming rally. He say something about rallying up to meet Pak Lah, the Ayahanda of PEKIDA on that particular day, in retaliation of HINDRAF rally recently took place.

———————————

kedua-dua email di atas telah disebarkan melalui SMS, email dan forum-forum. Siapa yang menyebarkannya, sehingga kini masih belum diketahui. Nampaknya suatu usaha jahat sedang menular ke dalam rangkaian masyarakat bagi mencetuskan huru-hara pada 16 Disember ini. Setakat ini pimpinan PEKIDA pun belum ada yang mengesahkan kebenaran maklumat ini. Apa yang menariknya, ahli Parlimen Putrajaya yang juga Ketua UMNO Putrajaya, Tengku Adnan Mansor turut dikaitkan.

Berita seperti ini bukan sahaja akan mencetuskan huru-hara malah akan mewujudkan rasa tidak senang antara kaum India dan Melayu khususnya di Lembah KLang. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berharap agar orang-orang Melayu dan India tidak terpengaruh dengan sebarang dakyah yang cuba mencetuskan kebimbangan dan rasa kurang senang seperti ini.

Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa juga perlu memantau perkembangan perkara ini dan mengawasi pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan (Terutamanya yang bersifat perkauman) dan bukannya pertubuhan Hindraf sahaja. Kita tidak mahu rusuhan 13 Mei berlaku sekali lagi dan kita berharap akan segala maklumat yang diterima dapat diselidiki dahulu sebelum di sebarkan. Ahli-ahli PAS juga dinasihatkan agar tidak mencampuri sebarang gerakkan subversif yang cuba menggangu ketenteraman dan keharmonian masyarakat.

Kita berharap agar orang Melayu dan India dan bertenang dalam menghadapi provokasi melampau sebegini. Kita tidak mahu sebarang pertumpahan darah berlaku dan perangkap seperti ini haruslah dijauhi.