Oleh pendekar tanpanama

Akhirnya Pak Lah telah menggunakan senjatanya yang paling ampuh dengan mengenakan tindaka ISA kepada aktivis-aktivis HINDRAF. Mereka yang dikenakan tindakan ISA tersebut ialah P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan penahanan tersebut, mengikut Seksyen 8 (1), ISA. Pihak polis memberi alasan mereka mempunyai maklumat bahawa Hindraf kononnya merancang satu lagi himpunan haram.

Nampaknya Pak Lah semakin dihimpit ketakutan dan kengerian yang amat dahsyat sehingga memaksa beliau menggunakan ISA. Pak Lah cuba mengugut rakyat supaya tidak berhimpun membantah kezaliman yang di buat oleh pemerintah. Setelah kaedah mengugut dan menangkap dilihat tidak berkesan untuk membendung kebangkitatan rakyat, akhirnya ISA terpaksa digunakan dengan harapan para pembela rakyat ini takut. ( Terfikir gak patutlah Pak Lah Badawi tak nak lepas kan jawatan Menteri KDN )

Namun yang pastinya gelombang rakyat bagi menenggelamkan kerakusan UMNO/BN tidak pernah pad…Takbir..!!!