Oleh Amin Iskandar @ Black

Dalam sejarah Malaysia, Abdullah Badawi adalah perdana menteri terhina yang pernah dipunyai oleh rakyat Malaysia. Begitu juga dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan adalah yang paling keji dan hina. Kedua-dua mereka menggunakan imej Islam sebagai topeng kepada kejahatan mereka.

Telah terbukti, belum pun berapa lama berada di tampuk kekuasaan, Abdullah dan Musa telah menunjukkan muka mereka yang sebenar. Diatas adalah kereta aktivis, Abdul Razak bin Ismail yang telah terbakar dan musnah teruk sewaktu berada dalam jagaan polis.

Polis sudah tidak lagi menjaga keselamatan rakyat dan harta rakyat. Jangan kita lupa bagaimana kejamnya polis menembak orang awam di Batu Burok. Siapa yang bertanggungjawab? Abdullah Badawi kerana beliau adalah Menteri Dalam Negeri dan Musa Hassan selaku Ketua Polis Negara.

Musa Hassan akan ke Mekah untuk menunaikan haji pada 14 Disember 2007. Apa yang berlaku kepada Abdul Razak Ismail dan dua orang yang DITEMBAK polis di Batu Burok mungkin akan berlaku kepada diri anda. Jangan duduk diam dalam melihat penindasan. Masa telah tiba untuk memastikan Abdullah Badawi dan Musa Hassan letak jawatan. Jangan biarkan Abdullah Badawi menjadikan Malaysia milik anak-beranak beliau. Jangan biarkan polis terus menindas rakyat. Sekarang tembakan dan kemusnahan kereta, mungkin selepas ini Tragedi Memali akan berulang.