Oleh Zul

Pagi tadi aku membaca cerita dalam Utusan Meloya berkenaan perlantikan Haidar dalam Suruhanjaya Diraja siasatan kes VK Lingam. Beliau merupakan Pengerusi dalam Suruhanjaya Diraja tersebut. Sebelum ini Haidar merupakan Panel Khas dalam menyiasat kesahihan pita Lingam ini.

Hairan juga aku, memang dah tiada lagi ke orang lain yang nak dilantik? Apa sudah jadi dengan ahli akademik yang berkelayakan yang lain yang boleh sahaja diserapkan dalam Suruhanjaya ini? Aku pasti sudah pasti la akan berlaku apa yang disebut sebagai ‘bias’ dalam siasatan ini. Apa lagi kemajuan siastan yang boleh dicapai jika dia yang merupakan orang yang menyiasat kesahuihan pita dan dia juga yang menanggotai Suruhanjaya tersebut..?Haidar merupakan orang yang diragui kredibilitinya kerana pernah terbabit dengan kes fitnah Dato’ Sri Anwar Ibrahim ketika dahulu. Kenaikan beliau menjadi hakim juga diragui kemungkinan ia salah satu percaturan oleh V.K Linggam dan Vincent Tan.

Apakah akan ada lagi episod-episod sandiwara sebagaimana drama Saga of Altantuya? Sama-sama kita saksikan episod-episod yang lebih mengharukan dalam siasatan ini nanti.