Oleh DPPPutrajaya

Dewan Pemuda PAS Putrajaya mengucapkan tahniah kepada atlet Malaysia yang berjaya merangkul 13 emas dalam masa 1 hari sahaja yang menyaksikan Malayisa berjaya mengumpul 44 emas setakat ini. Ia merupakan kejayaan terbesar Malaysia setakat ini. Antara acara yang menyumbang kepada pencapaian ini ialah karate-do, lumba basikal, ekuaetrian dan memanah. Turut menjadi lubuk emas buat Malaysia ialah acara boling padang.

Telah terbukti bahawa atlet Malaysia berjaya mengakhiri zaman kemelesetan emas dalam acara-acara peringkat antarabangsa sehingga Malaysia berjaya menduduki tangga ke 3 dalam Sukan Sea di Korat semalam.

Kita lupakakan seketika kesedihan yang melanda skuad Malaysia dalam hoki dan bola sepak yang terpaksa pulang lebh awal. Namun apa yang pasti semangat juang atlet Malayisa tetap utuh dalam mengharumkan nama Malaysia. Sekali lagi syabas diucapkan kepada atlet Malaysia. Semoga terus maju kehadapan.