Oleh assyabab

Petikan berita harian hari ini yang bertajuk “SAYA SEDIA TERUSKAN KHIMAT” ..

“GEORGETOWN: “Mereka ingat saya nak sangat kerja ini. Siapa nak kerja macam ini, kena maki hamun tanpa sebarang sebab yang jelas,” kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, ketika ditanya sama ada beliau akan menyambung perkhidmatannya yang tamat bulan ini.

“Saya boleh tidur lena dan bermain dengan anak serta cucu, (jika tidak disambungkan). Apa maknanya duit kepada saya lagi. Gaji pun saya tidak tengok. Saya tidak perlu banyak wang untuk meneruskan hidup ini,” katanya mengulas pindaan Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan bagi melanjutkan umur persaraan pengerusi dan ahli SPR daripada 65 tahun kepada 66 tahun….. “

Kalau Rashit ni sambung balik perkhidmatannya confirm PRU ke 12 kali ni berat sebelah, seperti yang berlaku pada tahun 2004. Apabila UMNO/BN menyokong pindaan perkara 114 yang berkaitan dengan pindaan umur persaraan pengerusi dan ahli SPR, jelas menunjukkan UMNO/BN memerlukan khidmat rashit untuk memenangkan mereka pada PRU ke 12.

Memang patut pun Rashit ni kena maki hamun sebab cakapnya semua kelentong. Cakap kat depan lain kat belakang lain. Lepas tu suka hati mempertikaikan keputusan mahkamah. Sedangkan terbukti dengan jelas perjalanan Pilihanraya yang lepas penuh dengan pengendalian berat sebelah.

Rakyat dan negara tak perlukan khidmat orang orang tua ni. Baik rashit ni pergi tidur dan jaga anak cucu daripada menyusahkan rakyat. Jangan lupa bertaubat sebab dah banyak berbohong kepada rakyat. Umur dah tua bangka tak serik-serik lagi nak menipu.