oleh assyabab

Najib cuba menegakkan benang yang basah apabila menjawab pandangan jurucakap Jabatan Negara AS, Sean McCormack. Jurucakap tersebut menyatakan Malaysia dituntut memberi hak mengikut undang-undang kepada lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). (rujuk harian metro 15 dsember 2007).

“Sebagai sebuah kerajaan kami harap individu diberi perlindungan sepenuhnya di bawah undang-undang Malaysia mengikut proses diperuntukkan dalam hak mana-mana warganegara dan ini dilakukan secepat-cepatnya serta telus,” kata McCormack.

Najib menjawab supaya pihak AS membebaskan dulu tahanan tanpa bicara di Teluk Guantanemo baru Malaysia akan mempertimbangkan cadangan itu.

Persoalaannya, apa kaitan tahanan di Teluk Guantanamo dan tahanan ISA di Malaysia. Adakah ini menunjukkan Malaysia berlaku adil kepada 5 orang tahanan ISA tersebut seperti apa yang dibuat oleh AS kepada 290 tahanan di Guantanamo?? Apa punya bodoh jawapan seorang TPM. Adakah bila AS makan taik Malaysia pun ikut sama makan taik??

Secara peribadi saya menyetujui kenyataan McCormack itu walaupun tidak setuju dengan penahanan zalim di Teluk Guantanamo. Individu yang ditahan perlu diberi perlindungan sepenuhnya di bawah undang-undang Malaysia seperti yang diperuntukkan. Kelima-lima orang yang ditahan tidak sepatutnya ditahan di bawah ISA kerana telah bersedia untuk dibicarakan di mahkamah.

UMNO/BN berusaha menakut-nakutkan rakyat untuk berhimpun bagi menuntut keadilan. ISA dikekalkan untuk menghalang sesiapa yang cuba menjatuhkan mereka. Akta ini sudah tidak relevan diguna pakai. Pelik mereka kata negara kita aman damai, tapi masih mengguna pakai akta zaman darurat.

Tapi kebenaran pasti akan tertegak. Sebab ada yang lebih berkuasa daripada kamu wahai Pak Lah dan Najib.

http://rusli-islam.blogspot.com