Oleh assyabab

TVPAS.com hari ini menyiarkan temuramah dengan Tok Guru Nik Aziz mursyidul AM PAS berkenaan dengan kempen boikot media. Tok Guru dalam kenyataannya menyokong kempen boikot dianjurkan, malah katanya kita sudah terlewat membiarkan media-media berat sebelah ini meracun dan mempengaruhi pemikiran rakyat. Tok guru juga berkata lesen mesti diberkan secara adil kepada semua parti-parti politik. Terpulang kepada rakyat untuk mereka mendengar dan membaca yang mana mereka suka. Beliau sendiri pernah memohon untuk mendapatkan lesen bagi mewujudkan stesen TV sendiri ketika Mohamad Rahmat menjadi menteri penerangan tetapi tidak mempunyai jawapan sehingga hari ini.

KEMPEN’Boikot Media Pembohong’ pernah dilancarkan oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Gerakan Anti-Salah Maklumat (Gasak) yang ditubuhkan pada 29 November lalu.Akhbar yang diterbitkan oleh Kumpulan akhbar Utusan Melayu dan NSTP Berhad menjadi sasaran utama Gasak.

Nabi Muhammad s.a.w mengajar umatnya supaya tidak menyekat orang bercakap. Dalam satu majlis seseorang yang cuba bertanya kepada Rasulullah. Oleh kerana ia mengganggu perjalanan majlis maka seorang sahabat menyekatnya. Rasulullah menegur sahabat tersebut supaya membiarkannya kerana orang yang mempunyai hak ada hak untuk bercakap. Rasulullah telah mempraktikkan demokrasi ketika baginda memerintah. Ini tidak “kita belajar demokrasi tapi bila memerintah kita gunakan nafsu” kata Tok Guru.

Bersuara dan menyatakan pandangan merupakan suatu fitrah dan kuasa yang Allah berikan kepada tiap-tiap manusia. Sabda Rasulullah ” Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia wajib merubahnya dengan tangan (kuasa) jika ia mampu. Kalau ia tidak mampu sekurang-kurangnya dengan lidah. Jika tidak mampu sekurang-kurangya dengan hati dan itu adalah petanda selemah-lemah iman” (Hadith). Tok Guru dalam temuramah tersebut juga menyatakan zalim kerajaan yang menyekat kebebasan rakyatnya. Masa mengundi pakat suruh mengundi mereka, tapi bila dah dapat kuasa kebebasan disekat. Golongan ini akan terima balasan di akhirat kelak.

Tapi UMNO jenis tak reti pasal ni sebab diorang tolak Islam. Air turun dari langit dia telan, pancaran matahari dia terima, udara yang membekalkan oksigen dia hirup. Tapi bila Al-Quran turun dari langit dia tolak. Ini kemungkaran, dan wajib bagi orang yang faham berbuat sesuatu termasuk juga boikot. Rasulullah sendiri pun pernah menggunakan kaedah boikot kepada sahabat yang tidak turut serta ke medan perang Tabuk. Bila kita tak setuju dengan orang nak buat macam mana? Nak tumbuk takde kuasa, nak maki tak boleh. Oleh tu kita buat tak peduli. Itu yang kita panggil boikot, jelas Tok Guru.

Tok guru juga dalam temuramah tersebut mengatakan blogger-blogger di internet timbul kerana sekatan dan kepungan kepada kebebasan maklumat. Oleh itu timbul idea alternatif kepada mereka yang hendakkan kebenaran. Sehinggakan kerajaan cuba menyekat mereka ini.

Temuramah tersebut boleh dilihat melalui link www.TVPAS.com

http://rusli-islam.blogspot.com