Setiausaha Agung PAS

Parti Islam Se Malaysia (PAS) merayu kepada ahli-ahli dan para penyokong PAS serta orang-ramai yang prihatin untuk menyumbang bantuan kewangan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara khasnya di negeri-negeri yang teruk dilanda banjir sejak kebelakangan ini.

Para petugas PAS di seluruh negara dengan bantuan Unit Amal telah pun dikerahkan untuk membantu meringankan kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir ini.

Dengan batuan sedikit-sebanyak sekurang-kurangnya dapat meringankan bebanan mereka tambahan dengan Hari Raya Aidil Adha yang menjelang serta musim persekolahan yang akan bermula awal Januari nanti.

Bagi tujuan itu kepada sesiapa yang berhajat untuk menyumbangkan bantuan kewangan bolehlah disalurkan terus ke akaun “DANA KAMI PRIHATIN” Bank Islam Malaysia Berhad, No. Akaun 12113010026150.

PAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang menyumbang, semoga Allah swt memberkati amalan mulia tuan/puan itu.

18 Disember 2007

YB DATO’ KAMARUDIN JAFFAR
SETIAUSAHA AGUNG PAS