Antara Najib dan Kayveas, siapa lebih berpijak di bumi yang nyata?

Najib kata :Kelantan jadi ‘medan tempur’ Barisan NasionalMACHANG 4 Jan. – Kelantan akan menjadi ‘medan tempur’ bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 nanti dalam usaha memastikan kemenangan menyeluruh dicapai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.“Kita mahu menang dari Perlis sampai ke Sabah termasuk merampas kembali Kelantan,” tegasnya.

“Kalau orang tuduh kita mabuk kuasa, itu tuduhan yang melulu dan meleset, kalau orang kata kita boleh main ‘songlap’ dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), itu tuduhan tidak berasas sama sekali,” katanya.

Katanya, sekiranya ia berlaku, tidak timbul kelebihan dua undi yang memberikan kemenangan kepada Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemuning.

“Kerajaan Pas Kelantan mempunyai majoriti paling rendah di dunia iaitu satu kerusi dan majoriti dua undi, kalau kita boleh main kayu tiga menipu rakyat dengan satu panggilan telefon pada SPR kita boleh isytihar Kemuning jadi milik kita dan boleh bolot Kelantan,” katanya.

“BN tidak pernah menipu rakyat kerana BN hanya mahu berkhidmat kepada mereka yang mengangkat serta mahukan BN terus memerintah.
Kayveas kata :Pilihan raya umum akan datang lebih mencabarPUCHONG 4 Jan. – Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas meramalkan semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bakal berdepan cabaran besar.

Beliau berkata, ini kerana pilihan raya berkenaan merupakan satu penanda aras untuk menilai corak sokongan politik rakyat selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

“Cabaran sedemikian adalah positif bagi penambahbaikan parti selain membendung sikap terlebih yakin”.

“Ini bagus, kita hanya boleh menjadi semakin baik sekiranya ada cabaran, jika tiada cabaran kita jadi terlebih yakin.

“Cabaran ini bukan hanya untuk Barisan Nasional (BN) bahkan parti pembangkang, bukan mudah untuk pembangkang hadapi cabaran ini kerana di Malaysia, peranan mereka tidak efektif,” katanya.

Diminta mengulas mengenai bentuk cabaran itu, Kayveas berkata, terdapat pelbagai isu yang diperkatakan akar umbi ekoran perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kayveas berkata, setiap kali melawat kawasan Parlimen Taiping yang diwakilinya, beliau sering diajukan pelbagai soalan mengenai isu semasa yang tidak pernah diperkatakan pengundinya sebelum ini.

“Sejak pilihan raya umum dulu, kita dapat lihat kemajuan Internet, laman web serta blog dan jika anda periksa, kira-kira lima juta rakyat melayari internet pada awal pagi untuk mendapatkan maklumat terkini.