Pilihlah calon seperti saya, Pak Lah!

Petikan dari berita “Mashitah: Kaji kenapa ramai lelaki Malaysia kahwini wanita Indonesia”
Sementara itu, menjawab satu soalan lain, Mashitah menyarankan agar akhlak dan moral menjadi ciri bagi setiap calon Barisan Nasional (BN) yang dipilih bertanding dalam pilihan raya.

‘‘Kriteria itu penting kerana calon-calon yang dipilih kelak akan menjadi pemimpin dan idola rakyat,’’ katanya.

Menurut Ahli Parlimen Baling itu, dalam pilihan raya masyarakat dan pengundi akan membuat penilaian berdasarkan keperibadian seseorang calon selain parti yang diwakilinya.

‘‘Walaupun rakyat biasanya memilih parti yang mampu memerintah tetapi harus diingat bahawa faktor keperibadian seseorang seperti akhlak dan pengetahuan tentang keagamaan juga amat penting,’’ ujarnya.

– Utusan Online, 7 Januari 2008.

Sebagai ingatan untuk kita semua, ada beberapa isu yang mengaitkan beliau semasa menjadi MP Baling. Antaranya:

1. Isu ibu tunggal. Jawapan kontroversi yang mengatakan bahawa ibu tunggal yang terdesak boleh menjadi GRO untuk menyara keluarga.

2. Isu hukuman hudud. “Kalau dah habis kaki dan tangan dipotong, nak potong apa pulak? Potong (kerat) mulut!”

3. Beliau juga sudah beberapa kali kelihatan bersalaman dengan lelaki (dengan Pak Lah) didalam majlis-majlis rasmi.

4. Penduduk Baling juga mendakwa beliau tidak turun padang dan baru-baru ini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran yang merobohkan kedai peniaga Melayu dan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya baik dari MPT mahupun beliau sebagai MP Baling.

5. Sebelum menjadi YB juga beliau telah terlibat dengan kes saman oleh jirannya yang juga seorang pensyarah ekoran kes ‘renovation’ pagar.

6. Saya dah lupa, mungkin ada lagi. Anda tahu? Tak cukup sekadar dengan tahu sahaja. Pastikan anda menyahut seruan YB Datok Dr. Mashitah Ibrahim ini ” bahawa pengundi akan membuat penilaian berdasarkan keperibadian seseorang calon selain parti yang diwakilinya.”

Simbah keluar yang tak berakhlak dan korup!

Oleh: Lujnah Politik dan Penerangan Dewan Pemuda PAS Putrajaya