Alamanda Putrajaya (13 Januari 2008) – Gelombang kuning terus dihidupkan oleh PAS kawasan Putrajaya apabila ahlinya turun beramai-ramai bermain bowling di Alamanda dengan pakaian bewarna kuning. Seramai lebih kurang 20 orang ahli kawasan turun membawa bersama anak-anak dan isteri untuk bersantai sambil bermain bowling.

Program tersebut turut dihadiri oleh YDP kawasan Ust. Nazir Zakaria dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Sdr. Kamaruzaman Mohamad. Sambil bermain bowling ahli kawasan berjumpa bagi mengeratkan lagi ukhuwwah sesama mereka.

Ust Nazir ketika ditemui berkata, program ini bertujuan untuk memasyarakatkan ahli PAS dan gelombang kuning selain mengeratkan ukhuwwah sesama ahli. Beliau berkata, gelombang kuning berjaya menarik perhatian orang ramai dan ada yang bertanya bila lagi perhimpunan seterusnya akan dianjurkan.

“Jika sebelum ini kita mengedarkan risalah dan cuba dihalang oleh pihak tertentu, kali ini kita buat perkara yang mereka tidak boleh hilang.” Selepas ini PAS kawasan Putrajaya akan meneruskan pelbagai program lagi sehingga masyarakat semua sedar dan faham bahawa PAS adalah Parti Islam yang boleh menerima semua golongan dan kaum.”