Putrajaya – Lebih 20 orang pemuda PAS Putrajaya yang di ketuai oleh Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, saudara Kamaruzzaman telah masuk ke dalam pasar malam presint 2 bagi mengedarkan risalah. Lebih kurang 1000 keping risalah ‘bahaya gejala sosial’ telah diedarkan kepada para pengunjung dan peniaga pasar malam.
Ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa negara semakin kronik dengan masalah gejala sosial yang telah berlaku, terutama kepada golongan anak-anak muda. Masyarakat perlu di beri kesedaran ini supaya terelak daripada bahaya gejala sosial yang juga akan membahayakan keselamatan negara pada masa akan datang.
Saudara Kamaruzzaman, menyatakan terlalu banyak masalah jenayah yang telah berlaku di dalam negara kita sejak akhir-akhir ini. Ia semakin membimbangkan dan ini boleh menyebabkan keruntuhan negara kita sedikit demi sedikit.
Para peniaga dan pengunjung pasar malam yang menerima risalah tersebut mengucapkan terima kasih atas usaha yang dilakukan oleh pemuda PAS kawasan Putrajaya. Raut wajah menggambarkan kerisauan mereka.
Selain itu pemuda mendapat maklumat bahawa sewa yang dikenakan kepada para peniaga pasar malam di situ terlalu tinggi dan tidak berbaloi dengan pendapatan mereka. Pemuda PAS Putrajaya akan terus mengadakan program edaran setiap minggu dengan pelbagai isu supaya masyarakat faham dan sedar dengan situasi negara sekarang