PAS kawasan Putrajaya terus mengorak langkah ke hadapan bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke-12 selepas majlis pelancaran yang telah diadakan pada 10 Januari 2007 (khamis) lalu. Ia diadakan bertepatan dengan 1 Muharam 1429 H dan menjadi pencetus semangat hijrah ke dalam diri setiap petugas. Program tersebut telah dihadiri lebih 100 orang petugas PAS Putrajaya yang bersedia menghadapi jentera UMNO dan Barisan Nasional di dalam pilihanraya yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Majlis ini dirasmikan oleh Ust Ghani Abd. Rahman (AJK PAS pusat)dan dihadiri oleh Ust Hj Mohamed Noor (Pesuruhjaya Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan) dan Ust Nazir Zakaria (Timb. Pesuruhjaya 1 Badan Perhubungan Wilayah Persekutuan). Ketiga-tiga orang tokoh ini telah meniupkan semangat ke dalam diri setiap petugas-petugas PAS Putrajaya.
Ust Ghani Abd Rahman di dalam ucapannya mengajak petugas-petugas PAS Putrajaya supaya menghayati semangat perjuangan Rasulullah dan para sahabat ketika baginda berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Beliau menekankan supaya setiap petugas mesti menanam keyakinan di dalam diri masing-masing bahawa Islam pasti menang. Walaupun kita di dalam serba kekurangan tetapi janji Allah pasti benar dan keyakinan itulah yang ada pada diri rasulullah dan para sahabat.
Ust Hj Mohamed Noor juga berkata bahawa para PAS kawasan Putrajaya mesti terus bangkit dan maju kehadapan dengan kekuatan maksimum bagi menghadapi golongan sekular pada pilihanraya umum ke-12 ini. “Jangan kita takut dengan segala persiapan dan kelengkapan yang ada pada UMNO/Barisan Nasional” Ujar beliau. Selain itu Ustaz Nazir melahirkan keyakinan terhadap petugas-petugas PAS Putrajaya yang majoritinya diterajui oleh dewan pemuda.

Pada sebelah pagi para peserta telah mengadakan bengkel dan perbincangan bagi mengemaskinikan jentera pilihanraya. Majlis diakhiri dengan penyerahan portfolio kepada wakil-wakil petugas sebagai simbolik kepada pelancaran jentera PAS Putrajaya