Entri pilihan dari laman Tranungkite.net

Tengku AdnanPutrajaya telah dibangun berasaskan kepada dasar pembinaan bandar dalam Islam. Sebab itulah Masjid Putra telah menjadi binaan yang pertama tersergam di Putrajaya.Majoriti penduduk dan pengundi Putrajaya beragama Islam dan tentu sahaja kita mahukan syiar Islam juga terus berkembang di Putrajaya. Namun apakan daya harapan dan cita-cita itu tidak akan tercapai apabila kita tersalah pilih wakil rakyat yang akan mewakili pengundi Putrajaya di parlimen.

Kita perlu memilih pemimpin yang bersih dan tidak terlibat dengan sebarang salah laku, aktiviti maksiat seperti perjudian dan sebagainya. Malah kita tak mahu pemimpin yang anti-Islam dan tidak mahu orang yang dipimpinnya buta tentang Islam.

Salah seorang calon Parlimen Putrajaya berperwatakan begitu. Buktinya, atas desakan penduduk, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Perbadanan Putrajaya telah bersetuju untuk membina sekolah agama di Presint 8, 9 dan 16 pada tahun 2004 malah peruntukannya telah diluluskan.

Malangnya atas desakan beliaulah maka projek itu telah dibatalkan berdasarkan ungkapan popular beliau yang sedang meluas di sekitar Putrajaya sekarang ini iaitu:

“Sekolah agama tak perlu di Putrajaya kerana ia boleh menjatuhkan imej Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan”

Jika sekiranya beliau terpilih, kita sebagai ibu bapa Muslim pasti akan terus “menderita” kerana terpaksa berterusan menghantar anak-anak kita yang dahagakan ilmu agama sebagai bekalan hidup dan akhirat ke Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kg. Sg. Ramal Luar/ Dalam dan Bandar Baru Bangi.

Semasa kempen ini memang beliau berjanji akan membina sekolah agama tetapi janji pasti tinggal janji. Apabila kuasa sudah dalam tangan beliau boleh berbuat sesuka hati. Masa itu kita yang akan melopong.

Oleh itu, “Tepuk Dada Tanya Iman”. Sanggupkah kita di akhirat nanti apabila anggota badan berkata bahawa tangan inilah yang telah memberi kuasa (undi) kepada pemimpin yang tidak cintakan Islam dan tidak mahu ajaran Islam berkembang di kalangan umatnya.

Tolak calon BN taukeh judi itu!

MAKLUMAN.

PAS PUTRAJAYA SEDANG MEMPERKEMASKAN GERAK KERJA KE ARAH MENGAHADAPI PILIHANRAYA UMUM TIDAK LAMA LAGI. SEHUBUNGAN DENGAN KAMI INGIN MEMOHON SUMBANGAN DANA PILIHANRAYA DARIPADA PIHAK DATO’/TUAN/PUAN SUPAYA GERAK KERJA PILIHANRAYA DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR. SUMBANGAN DATO’/TUAN/PUAN ITU BOLEH DISALURKAN KEPADA AKAUN  BIMB PAS KAWASAN PUTRAJAYA; 16018010009961.

SEGALA KERJASAMA DAN SUMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH DATO’/TUAN/PUAN AMATLAH KAMI HARGAI. SEMOGA SEGALA USAHA BAIK KITA INI DITERIMA DAN DIKIRA SEBAGAI AMAL YANG MENDAPAT TEMPAT DI SISI ALLAH SWT.