Beberapa haAgenda negara kebajikanri kebelakangan ini, di dada akhbar,muat dengan kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO/BN yang sibuk menepis tawaran Negara kebajikan oleh PAS dan BA. Dan yang terbaru kenyataan daripada Muhyiddin Yassin (Naib Presiden UMNO).

Beliau menyatakan negara akan bankrap jika PAS memerintah. Sebelum ini beberapa orang pemimpin UMNO seperti Idris Jusoh, Anuar Musa dan Najib juga memberi kenyataan yang seakan-akan senada. Alasan yang dikemukakan, bahawa PAS telah diberikan peluang memerintah Terengganu selama satu penggal dan Kelantan sejak 17 tahun yang lalu, tapi tak mengamalkan konsep negara kebajikan yang diwar-warkan.

Sedangkan tempoh satu penggal PAS di Terengganu telah meringankan beban rakyat, malah menaikkan tahap kemiskinan Terengganu daripada negeri ke-2 termiskin kepada yang ke-3 termiskin di Malaysia. Di Kelantan pula kerajaan negeri sehingga ke hari ini telah berjaya melaksanakan banyak perkara untuk kepentingan rakyat yang kemudian ditiru oleh kerajaan pusat dan negeri-negeri lain. Walaupun dalam keadaan yang ditekan dan serba kekuranganPAS mampu untuk melaksanakan agenda kebajikan untuk rakyat..

Para pemimpin UMNO/BN nampaknya gentar dengan tawaran negara kebajikan oleh PAS. Mereka menyatakan bahawa itu adalah omong kosong PAS, apabila PAS menawarkan untuk menurunkan harga minyak, memberikan pendidikan percuma, perkhidmatan kesihatan percuma, elaun sara hidup untuk warga miskin dan warga emas serta menghapuskan akta zalim ISA. Para pimpinan PAS sudah semestinya telah mengkaji kemampuan untuk melaksanakan tawaran yang dikemukakan.mampukah moral dan sikap UMNO menandingi PAS

Rakyat yang cerdik dan berani sedar, bahawa PAS mampu untuk melaksanakan agenda tersebut, menurut track rekod pemerintahan PAS walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan. Ditambah lagi dengan barisan calon-calon PAS yang sudah semestinya mempunyai latar belakang yang hebat dan bersih.

Kenyataan para pemimpin UMNO itu juga menunjukkan bahawa UMNO/BN sebenarnya tidak mampu untuk menandingi apa yang ditawarkan oleh PAS. Kalaulah UMNO/BN mampu menandingi tawaran tersebut mereka sepatutnya menawarkan yang lebih baik kepada rakyat. Bukannya memperlekeh apa yang di tawarkan oleh PAS.

UMNO/BN tidak akan mampu memenuhi kebajikan rakyat selagi pribadi para pemimpinnya bersifat tidak amanah dan melaksanakan pengurusan negara yang tempang. Inilah kesan bilamana dasar perjuangan adalah sekular. Bila memerintah negara hanya untuk menguntungan pihak tertentu.

Pemimpin PAS yang asas perjuangannya adalah Islam, melihat pemerintahan negara sebagai suatu amanah, dan beban yang wajib ditunaikan.