Berikut petikan dari Utusan Malaysia Online,
Dr. Mahathir ramal BN menang besar

KUALA LUMPUR 22 Jan. – Tun Dr. Mahathir Mohamad meramalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menang besar pada pilihan raya umum ke-12 nanti.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, tidak dapat disangkal lagi bahawa BN akan meraih majoriti undi terbesar hasil sokongan para pengundi yang percaya dengan kemampuan kerajaan mentadbir negara.
Katanya, sekarang merupakan waktu paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya memandangkan situasi ekonomi negara yang stabil meskipun berdepan dengan masalah kenaikan harga barang.
‘‘Sebagai orang yang pernah memutuskan tarikh pilihan raya, saya hanya akan mengadakan pilihan raya apabila saya percaya kerajaan boleh menang.

‘‘Jadi, jika hendak tahu bilakah pilihan raya ialah apabila kerajaan yakin ia boleh mencapai kejayaan, barulah tarikh pilihan raya umum ke-12 akan diumumkan nanti,’’

Tun Dr. M yang kebelakangan ini ‘bercuti panjang’ setelah menjalani pembedahan bypass coronary kini mendapat liputan meluas berikutan prosiding Suruhanjaya DiRaja bagi siasatan kes VK Lingam.

Terbaru pula Dr. M mengeluarkan kenyataan mempertahankan situasi semasa UMNO menjelang pilihanraya umum. Umum mengetahui bahawa Tun adalah seorang yang lantang mengkritik dasar-dasar pemerintahan UMNO-Pak Lah. Bermula dengan Jambatan Bengkok, Wilayah Pembangunan Iskandar, pembahagian kekayaan kepada anak dan menantu serta mengkritik hebat Khairy sebagai pemain belakang tabir pemerintahan Pak Lah sehingga pernah menamakan Khairy sebagai budak hingusan di suatu perhimpunan dekat ibu kota. Kenyataan-kenyataannya yang tepat dan tajam itu akhirnya membawa kepada penapisan oleh media-media perdana untuk setiap ucapan yang dikeluarkannya.

Suatu dapatan yang menarik melihatkan kronologi terbaru ini. Tun Dr. M dikatakan begitu optimis terhadap kemenangan besar BN pada kali ini, setelah begitu banyak isu-isu besar yang berlaku di dalam tempoh tidak sampai sebulan dari awal tahun baru ini. Bahkan, mukaddimah tahun baru kali ini menyaksikan skandal seks Dr. Chua Soi Lek pada 1 Januari lepas.

Umum mengetahui bahawa Tun begitu menyayangi UMNO-BN. Tapi kita tidak lupa juga bahawa Tun pernah memberikan ‘signal’ kepada umum supaya menegur pemerintahan sekarang melalui tindakan politik menjelang pilihanraya umum nanti. Tun juga mengajak bangsa Melayunya untuk meniru sikap pengundi Cina.

Tetapi kali ini, kenyataan Tun kelihatan bercanggah sama sekali dengan apa yang telah disuarakan, dicemuhkan, dikritik seperti sebelumnya. Apakah kerana Tun kini sedang dihimpit oleh tekanan dari tangan-tangan ghaib yang cuba mengambil kesempatan politik dari kes VK Lingam sekarang ini.

Kalau benar, maka Khairy telah mendapat kredit yang sangat besar menjelang pilihanraya umum kali ini. Kredit yang diberikan daripada Tun yang pernah mengherdiknya sebagai budak hingusan sebelum ini.

Mungkin saja Khairy tidak terfikir manfaat yang akan diperolehinya seperti ini. Mungkin Khairy hanya menduga bahawa Tengku Adnan akan tersingkir dari arus politik sebagaimana rebahnya Dr. Chua Soi Lek. Percaturan Khairy kali ini mengheret manfaat yang besar apabila Tun diheret sama.

Nampaknya Khairy semakin selesa dengan perkembangan ini. Berdasarkan dua faktor iaitu Tengku Adnan yang mungkin tidak lagi layak bertanding selepas ini dan kenyataan positif dari Tun akan membolehkan Khairy bertanding dan memenangi pilihanraya kali ini.

Teori ini dikembangkan kepada pencalonan Khairy dan seterusnya kemenangan bagi pihak dirinya. Maka tidak lagi akan kedengaran suara-suara yang akan mengatakan bahawa Khairy menang bukan kerana strategi kotor, tetapi kerana BN memang menang besar.

Paling menarik dengan majoriti terbesar! Seolah-olah kehadiran Khairy menjadikan UMNO-BN semakin kukuh.

Jika begitu, apa lagi Khairy? Sahut cabaran tanding di Putrajaya atau tidak? hBerdepan atau berwakil. Anda Hanya tinggal 3 hari saja lagi.
(sebelum atau pada 26 Januari 2008).

Sahut cabaran atau takut lagi?

Sebelumnya:

  1. PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  2. Respon pembaca: PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya

Makluman:

  1. Kami memohon kerjasama dari sahabat-sahabat untuk dipanjangkan cabaran kami kepada semua kenalan yang lain samada melalui emel, blog dsb.
  2. Sahabat2 juga dijemput untuk melayari Blog Pemuda PAS Putrajaya
  3. Sahabat2 juga dijemput untuk menyertai Grup PAS Kawasan Putrajaya
  4. sahabat2 juga boleh menghantar sebarang perkongsian dengan kami melalui emel Dewan Pemuda PAS Putrajaya iaitu dppputrajaya@gmail.com