Kuala Lumpur 24 Jan. – Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65, meninggal dunia pada pukul 5.25 pagi tadi di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Anak Allahyarham, Megat Firdaus memberitahu Utusan Malaysia jenazah bapanya akan dikebumikan selepas sembahyang zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. (www.utusan.com.my)

PAS Putrajaya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Semoga Allah merahmati roh si mati. Bagi yang masih hidup, ingatlah kita akan kembali ke juga suatu hari nanti. Kematian seseorang sebagai peringatan untuk hamba-hambanya yang masih hidup. Sama-samalah kita pertingkatkan amalan, laksanakan segala perintah Allah dan jauhi laranganNya.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan. (Al-Ankaabut : 57)