DEMO Protes BN (barang naik)

“Demo PROTES Sampai Turun”
Tempat : Hadapan Bangunan KLCC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
Masa : 3 petang
“Jom datang beramai-ramai”
Dan berperanglah kamu sekalian di jalan Allah, dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-Baqarah : 244)

Nota: boleh saja bawa periuk nasi atau rice cooker dari rumah untuk menghidupkan lagi suasana dan menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan bahawa mereka sedang merompak rezeki rakyat.KAWE protes Khairy

Hari ini hari terakhir buat Khairy menjawab cabaran PAS Putrajaya. Kami sebenarnya mendoakan Khairy untuk tidak menyahut cabaran kami. Bukan setakat mengharap, bahkan kami tahu budak hingusan Khairy sememangnya tidak berani menyahut cabaran.

Ini kerana BN sebenarnya masih tidak bersedia untuk berpilihanraya walaupun kelihatan bilik-bilik gerakan mereka dihias dan dipasangkan bendera. Menurut maklumat dalaman, UMNO sebenarnya kali ini mempunyai kerangka kerja yang besar untuk memenagi pilihanraya kali ini walau dengan apa cara sekalipun. Jentera mereka sepatutnya sekarang ini mengikut time frame, sudah habis menjelajah setiap negeri. Jika anda perasan, mereka kali ini terpaksa membuat roadshow sekali lagi dan Pak Lah sendiri terpaksa turun padang bertemu akar umbi.

Malah Pak Lah sudah 2,3 kali merayu menyeru untuk diberikan peluang sekali lagi untuk memerintah. Nada suara yang sangat berbeza ketika dia mengugut rakyat untuk jangan mencabarnya. Kali ini, Pak Lah yang sama jugalah merayu rakyat Malaysia untuk terus memilihnya UMNO-BN.

Belum selesai satu-satu isu, timbul pula isu lain. Pak Lah juga sebenarnya tidak popular di kalangan ahli UMNO. Khairylah punca utama mengapa Pak Lah hilang penguasaan. Ahli UMNO sendiri banyak yang tidak sukakan Khairy. Hal ini umum telah diketahui.

Kerana itulah kami mencabar Kahiry untuk bertanding di Putrajaya, kubu yang masih boleh diberi tumpuan sekiranya Khairy mahu memanjangkan hayat politiknya dan kelihatan sebagai seorang ahli politik yang tidak lagi bergantung dan menyusahkan Pak Lah. Soal Putrajaya sebagai kerusi selamat bagi mana-mana calon UMNO-BN itu tidak mengapa. Asalkan Khairy dapat merintis peluang baru untuknya terus bertapak di dunia politik.

Khairy kian terdesak. Khairy sudah kesuntukan masa. Sekiranya cabaran bertanding ini tidak disahut, PAS Putrajaya menganggap Khairy memang seorang yang hanya tahu bergantung kepada kedudukan Pak Lah semata-mata, bukan atas kapasitinya sebagai seorang pemimpin yang diterima kehadirannya.

Jika benar Khairy gentleman, sahut sahaja cabaran ini. Sahut dengan gaya kamu yang selalu tunjukkan dengan bercakap besar, peras-ugut dan bongkak. Tiada siapa yang mahu melarang kamu kalau bukan Khairy sendiri yang tidak mahu bertanding di Putrajaya.

Sahut dan katakan : “Saya akan turun (baca: bersama-sama dengan jentera kerajaan, spin doctor, pemuda tahan lasak, mat rempit, kaki pukul) dan berdepan dengan PAS Putrajaya”.


Tapi beranikah Khairy? Usah nak sahut cabaran bertanding, datang dan berdepan dengan demonstran-demonstran ‘Demo Protes Samapai Turun’ hari ini pun takkannya berani. Hanya tahu memperkakaskan polis semata-mata.

Sahut cabaran atau kamu memang penakut yang hanya tahu cakap besar? Sahutlah secara anak jantan.

Baru kami akan kata bahawa Khairy macam Pak Lah, saya pantang dicabar!

Sebelumnya:

  1. PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  2. Respon pembaca: PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  3. Dr. M beri kredit kepada Khairy? Tapi Khairy masih takut.
  4. Khairy paling kurang pun patut contohi Sharizat

Makluman:

  1. Kami memohon kerjasama dari sahabat-sahabat untuk dipanjangkan cabaran kami kepada semua kenalan yang lain samada melalui emel, blog dsb.
  2. Sahabat2 juga dijemput untuk melayari Blog Pemuda PAS Putrajaya
  3. Sahabat2 juga dijemput untuk menyertai Grup PAS Kawasan Putrajaya
  4. sahabat2 juga boleh menghantar sebarang perkongsian dengan kami melalui emel Dewan Pemuda PAS Putrajaya iaitu dppputrajaya@gmail.com