“Petikan dari http://www.bharian.com.my
Peluang Wanita BN tambah kerusi cerah

 Pak Lah iktiraf sumbangan hawa bangunkan negara

KUALA LUMPUR: Hasrat Wanita Barisan Nasional (BN) meletakkan sekurang-kurangnya 20 peratus calon wanita bertanding kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat cerah berikutan pengiktirafan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap kerja dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara, kelmarin.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata selain pengiktirafan yang memberi petunjuk positif terhadap hasrat Wanita BN, Perdana Menteri juga menitikberatkan kebajikan dan isu mengimbangi peranan wanita dan lelaki dalam sektor sosial termasuk politik.

Malah, katanya, sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan juga menjadi dasar dan perjuangan pemerintahan Perdana Menteri.

Mengikut respon yang diberikan oleh Pak Lah mengenai pilihanraya umum ke 12 kali ini; Adakah Barisan Nasional dapat mengulangi kejayaan bergaya pada tahun 2004 untuk pilihanraya kali ini.?

Pak Lah jawab:“No. Tapi, kalau dapat, I would be thankful. I’m a realistic person.”


Secara spontan sahaja, kita dapat menangkap jawapan berbeza. Kelihatan jelas bahawa Wanita Umno lebih bersedia dan lebih tersusun gerak kerja mereka, walaupun soal persaingan kuasa dan kedudukan tetap ada dalam kumpulan mereka. Namun, Wanita Umno lebih bijak dan mesti kelihatan bijak serta bersedia untuk berpilihanraya.

Tidak seperti Pak Lah yang sebagai Presiden parti, sentiasa sahaja mengeluarkan kenyataan yang tidak jelas maksud dan bersikap berlepas tangan dalam kebanyakan hal. Jawapan yang dikemukan pula sering diiringingi senyum sinis yang menampakkan ketidak-yakinannya sebagai ketua dan pemimpin parti.

Bercakap soal Pemuda Umno pula, umum mengetahui Khairy sedang melobi setiap peringkat dan segenap peluang yang ada untuk memanjat naik sebagai ketua sayap sebaik sahaja Hishamuddin akan meninggalkan sayap itu. Malah kebelakangan ini, isu-isu mengenai kementerian Hisahmuddin juga dihebahkan secara meluas di dalam media. Peliknya, ia dihebahkan sebegitu hebat menjelang pilihanraya umum kali ini.

Kita sedar bahawa, Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda Umno tetap akan medapat tempat sebagai calon pada pilihanraya nanti. Namun, usaha-usaha ‘mecemarkan’ reputasinya menjelaskan kepada kita bahawa wujud usaha untuk menjatuhkannya secara moral dan kredibiliti.

Menjadi adat bagi orang gila kuasa-memanjat tangga kekuasaan akan menebarkan perkara-perkara yang menggambarkan kehebatan dan kemampuan mereka untuk menjadi ketua. Bila berkuasa pula, segala usaha dan effort ketua-ketua sebelumnya akan dilupakan, bahkan dinafikan.

Sepatutnya, dalam keadaan Hishamuddin bertahan dengan isu-isu kementeriannya, Khairy sebagai Timbalan Ketua sepatutnya mengabil sikap mempertahankan ketuanya dan mengukuhkan kedudukan (Pemuda dan parti) menjelang plihanraya nanti.

Hishamuddin pastinya sudah lama menyedarinya dan hanya mampu mengambil sikap berwaspada. Regu politik jangka panjang dan juga sepupunya, Najib juga terpalit dengan isu-isu seperti PT91, Sukhoi, Scorpene, Altantuya dan terkini Felda.

Hishamuddin juga tidak popular dikalangan Pemuda-pemuda BN yang lain ekoran isu hunus kerisnya di perhimpunan Umno dan juga dimaklumkan bahawa telah ada teman pemuda Umno yang sebelum ini rapat kini mula mencari proksi baru yang lebih muda dan samseng.

Kesemua ini mengheret Pemuda Umno untuk berpuak dan pastinya melemahkan parti mereka. Sehingga kini Khairy dilihat bersikap opurtunis untuk menangguk di air keruh.

Khairy sememangnya bertuah kerana keadaan semasa yang sangat-sangat memihak kepadanya. Hisahmuddin, Najib dan Tengku Adnan kian melemah dan hanya mampu untuk mempertahankan diri sahaja. Catur Khairy menguasai permainan dan catur lawan hanya mampu mengikut corak yang sedia ada. Perlahan-lahan pawn mereka dimatikan.

Khairy sedang menimbangkan segala peluang yang ada. Putrajaya dijangka menjadi initial point yang sangat srategik. Namun sayang, tindakan Khairy yang masih membisu menguatkan lagi spekulasi terkini bahawa Khairy sedang bermain secara playsafe.

Khairy sebenarnya juga terhimpit dengan permainannya. Kedudukan Umno yang buruk di mata rakyat dan masalah dalaman yang teruk hanyalah sekadar memberi peluang kepadanya untuk pergi jauh di dalam parti Umno sahaja, bukan sebagai ahli parlimen seterusnya sebagai PM.

Namun kita tetap menunggu jawapan dari Khairy untuk menyahut cabaran PAS Putrajaya, samada bertanding atau tidak di parlimen Putrajaya?

Ataupun Khairy juga seperti mertuanya yang cuba mengelak dari kenyataan ketika diserbu oleh media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama parti komponen BN?

Ataupun Khairy yang selama ini dilihat sebagai hero, seorang yang tahu bercakap berdegar-degar setiap kali perhimpunan Umno seperti Hisahmuddin sebenarnya adalah seorang yang penakut untuk berdepan cabaran sepertimana ketuanya juga.

Masa untuk Khairy sahut cabaran tinggal 2 hari saja lagi. Sahut cabaran secara berdepan atau kalau takut sekalipun, boleh hantar wakil. Tidak kisah siapa pun, mertua sendiri pun boleh.

Sahut cabaran atau takut lagi? Sahutlah secara anak jantan, katakan bahawa anda pantang dicabar!

Sebelumnya:

  1. PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  2. Respon pembaca: PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  3. Dr. M beri kredit kepada Khairy? Tapi Khairy masih takut.

Makluman:

  1. Kami memohon kerjasama dari sahabat-sahabat untuk dipanjangkan cabaran kami kepada semua kenalan yang lain samada melalui emel, blog dsb.
  2. Sahabat2 juga dijemput untuk melayari Blog Pemuda PAS Putrajaya
  3. Sahabat2 juga dijemput untuk menyertai Grup PAS Kawasan Putrajaya
  4. sahabat2 juga boleh menghantar sebarang perkongsian dengan kami melalui emel Dewan Pemuda PAS Putrajaya iaitu dppputrajaya@gmail.com