Cabaran dan respon-politik Khairy; menurut kenyataan medianya.

Rujuk: Utusanonline.

Jasin 26 Jan – Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy mengingatkan pemimpin dan aggota pergerakan itu agar tidak melobi menjadi calon bertanding pada pihanraya umum akan datang.

Saya harap Pemuda tidak akan membazir masa untuk melobi jadi calon kerana yang penting kita buat kerja dengan memantapkan jentera pilihanraya kita.

Antara lainnya;

Khairy juga tidak mahu ada pemimpin atau anggota yang merajuk dan memboikot pilihan raya sekiranya mereka tidak disenarai sebagai calon atau calon pilihan tidak bertanding.

Khairy turut menyifatkan tindakan pembangkang yang sering mencabar pemimpin UMNO untuk bertanding di kubu mereka sebagai politik ‘budak kecil’.

Terdapat satu premis yang sering dirujuk ialah bahawa asam garam dunia politik ialah ‘orang politik’ akan tunduk dengan tekanan politik. Tidak kira sekuat mana sekalipun ‘orang politik’ tersebut, dia tetap akan tunduk dengan tekanan politik yang dikenakan atau ditujukan kepadanya. Ini adalah asas dan sesuatu yang tidak disangkal oleh mana-mana pihak.

Sebagai menjelaskan apa yang dimaksudkan bagi premis yang pertama, mari kita ambil contoh yang paling hampir dan terdekat. Dr. Chua Soi Lek terpaksa melupakan segala impiannya apabila sahabat musuh politiknya memilih untuk menjatuhkannya melalui skandal seksnya.

Juga terdapat suatu hukum atau law di dalam ilmu fizik, kesinambungan dari Hukum Newton; mengatakan bahawa setiap ‘tindakan akan ada tindakbalas’. Tindakbalas yang terzahir itu boleh kekal di dalam keadaannya yang asal atau berubah bentuk atau berubah hala tetapi tenaga tidak hilang.

Menggunakan contoh yang sama (skandal seks Dr. Chua Soi Lek), akhirnya Dr. Chua Soi Lek terpaksa memilih untuk melepaskan semua jawatan politiknya sebagai tindakbalas atau result terhadap tindakan porno yang dia sendiri pernah terlibat.

Ingatan! Dr. Chua Soi Lek hanya akan mengaku jika dan hanya jika dia memang terlibat. Kerana itu tidak perlu ditubuhkan suruhanjaya untuk menyiasatnya. Malah pengedar DVD pula yang ditangkap dan didakwa. Bukan si pelaku aksi terlampau tersebut.

Terpakai kepada kaedah yang sama, hasil dari sebegitu banyak kajian politik lepas dan berjaya bahawa ‘orang politik’ ini akan sentiasa mengeluarkan kenyataan politik yang semestinya dengan tujuan untuk menyelamatkan karier politiknya sahaja. Darihal itulah maka timbul suatu persepsi yang kurang tepat dan berbunyi “Semua orang politik tidak boleh dipercayai, semuanya sama dan penipu.”

Bukan ini yang mahu kami perjelaskan kali ini. Apa yang hendak diketengahkan ialah bahawa Khairy terdesak dan terpaksa mengeluarkan indirect political statement tersebut untuk tidak dilihat sebagai samada memang dia mempunyai niat untuk bertanding ataupun dia takut untuk menyahut dengan mana-mana cabaran dari pihak Barisan Alternatif.

Ketakutan Khairy ini adalah diwajarkan oleh setiap tindakannya yang selama ini cuba untuk dilihat sebagai seorang menantu penasihat kepada Pak Lah yang baik, sebagai Naib Ketua pemuda Umno yang gayanya vokal dan berani dan sebagai kononnya pelapis pemimpin negara yang idealistik.

Untuk itu Khairy terpaksa bermain-secara-selamat untuk tidak mematikan langkah awal karier politiknya sebagai wakil rakyat, tiket untuk menganggotai kabinet dan menjadi ahli tertinggi Umno selepas menjadi Ketua Pemuda Umno (nanti). Khairy takut kerana catur politiknya sudah boleh dibaca oleh kebanyakan orang lebih-lebih lagi oleh Barisan alternatif.
Ketika inilah Khairy pastinya tidak mahu tendensi-politiknya diketahui umum!

Apapun yang pastinya hari kelima (22 Jan – 26 Jan) untuk Khairy menjawab cabaran bertanding di putrajaya telahpun berakhir dan Khairy telahpun menjawabnya secara terbuka tetapi tidak jelas (rujuk kenyataan petikan di atas. Jasin 26 Jan).

Khairy meyahut juga walaupun pada saat-saat terakhir. Ada mesej yang cuba disampaikan. Dan mesejnya itu kami tinggalkan kepada semua untuk dinilaikan.

Kalau dulu ada pepatah “Malu-malu kucing”.
Sekarang pula ada pepatah “Malu-malu beruk.”


Sebelumnya:

  1. PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  2. Respon pembaca: PAS Putrajaya cabar Khairy tanding parlimen Putrajaya
  3. Dr. M beri kredit kepada Khairy? Tapi Khairy masih takut.
  4. Khairy paling kurang pun patut contohi Sharizat
  5. DEMO protes BN, KAWE protes Khairy

Makluman:

  1. Kami memohon kerjasama dari sahabat-sahabat untuk dipanjangkan cabaran kami kepada semua kenalan yang lain samada melalui emel, blog dsb.
  2. Sahabat2 juga dijemput untuk melayari Blog Pemuda PAS Putrajaya
  3. Sahabat2 juga dijemput untuk menyertai Grup PAS Kawasan Putrajaya
  4. sahabat2 juga boleh menghantar sebarang perkongsian dengan kami melalui emel Dewan Pemuda PAS Putrajaya iaitu dppputrajaya@gmail.com