Selepas PAS memberikan tawaran negara berkebajikan kepada rakyat, pemimpin-pemimpin UMNO semakin cemas dan terkapai-kapai mencari jalan menafikan dan memburuk-burukkan apa yang ditawarkan oleh PAS. Hampir separuh menteri-menteri mengeluarkan kenyataan menafikan dan memperlekeh tawaran tersebut.

Dan yang terbaru Sharizat memberi hujah bahawa, “Bila kita cakap pasal kebajikan, jangan lupa maruah dan martabat penerima itu”. Persoalannya adakah bila PAS menawarkan pendidikan percuma, menurunkan harga minyak, kesihatan percuma, pembangunan untuk rakyat dan merapatkan jurang kaya miskin akan merendahkan maruah dan martabat rakyat?.

Selain itu Sharizat juga meracuni ibu bapa dengan berkata ”Jangan kita gadai masa hadapan anak-anak kita kepada kepimpinan yang tiada pengalaman, tidak mempunyai perancangan dan yang belum tahu hala tujunya,”.

Para pemimpinUMNO cuba untuk mendoktrin dalam fikiran rakyat bahawa apa yang cuba dilakukan oleh PAS akan menghancurkan negara. Sedangkan apa yang dilakukan oleh UMNO selam inilah yang merosakkan negara.

Oleh yang demikian, kita mesti mengambil peluang ini dan terus menyebarluaskan tawaran ini kepada rakyat. Sebelum rakyat terpengaruh dengan dakyah UMNO/BN kita mesti menerangkan pada rakyat. UMNO/BN cemas kerana tidak mampu untuk menawarkan lebih daripada apa yang parti pembangkang tawarkan..