Tengku Adnan tidak yakin dapat bertanding lagi di Putrajaya.

Oleh: AJK Politik dan Penerangan PAS Putrajaya

 

Putrajaya, 4 Feb – Ahli parlimen P125 Putrajaya, Tengku Adnan Mansor hari ini dilaporkan bahawa kedudukannya sebagai calon bagi parlimen itu untuk pilihanraya akan datang sebagai suatu yang belum pasti.

 

Dipetik dari HarianMetro Online

‘Mereka mahu bertanding…cubalah’

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Barisan Nasional (BN) Putrajaya tidak bimbang sekiranya pembangkang ingin bertanding di kawasan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan kerana majoriti penduduknya adalah pegawai dan kakitangan kerajaan.

Tengku Adnan yang juga Menteri Pelancongan turut membayang keyakinan mempertahan kerusi Parlimen Putrajaya untuk penggal kedua.

Bagaimanapun, beliau berkata nasibnya akan ditentukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebagai mengulas kenyataan ini, kami telah mendapatkan pandangan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohamed Nor Mohamed. “ Umum mengetahui bahawa Tengku Adnan Mansor terlibat di dalam skandal VK Lingam yang sehingga ke hari ini masih di dalam prosiding Suruhanjaya DiRaja”.

 

Ustaz Mohammad Nor Mohammad ketika ekspedisi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir baru-baru ini“Kita semua tahu bahwa Tengku Adnan Mansor masih belum dibuktikan bersih dari skandal tersebut. Video VK Lingam yang telah disahkan kesahihannya oleh pakar luar Negara telah merakamkan dengan jelas nama Tengku Adnan Mansor disebut secara jelas beberapa kali oleh VK Lingam dan digambarkan mereka sebagai sangat rapat dan sudah biasa mengendalikan percaturan tersebut.”

“ Atas sebab-sebab inilah, kita yakin Pak Lah tidak akan menyenaraikan Tengku Adnan Mansor untuk bertanding di parlimen yang merupakan pusat pentdabiran negara. Mana mungkin Pak Lah meletakkan calon yang dilihat tidak bersih. Ini bercanggah dengan kehendak Pak Lah yang mahukan calon-calonnya terdiri daripada mereka yang telus dan mempunyai integriti.”

Ditanya mengenai niat PAS untuk bertanding pada kali ini, beliau menyebut:

“Pimpinan PAS dan PKR telah berunding dan bersetuju untuk meletakkan calon PAS untuk bertanding di parlimen Putrajaya pada kali ini. PAS Putrajaya diberi tanggungjawab untuk mengepalai jentera pilihanraya. Saya kira Tengku Adnan telah maklum berikutan ucapan saya di Majlis Pelancaran Jentera PAS Wilayah Persekutuan yang telah diadakan semalam di Titiwangsa.”

“Mengikut perkembangan semasa kita optimis mempunyai peluang di Putrajaya dan kami sedang bekerja bersungguh-sungguh dan terpaksa bekerja bersungguh-sungguh kerana kami penuh sedar bahawa Umno Putrajaya semakin terdesak setelah penyandang kerusi parlimen kini tidak lagi boleh ditampilkan sebagai wakil rakyat yang dilihat bersih oleh rakyat.”

Manakala menurut Ustaz Nazir Zakaria pula belau berujar:

Ustaz Nazir bersama pimpinan PAS Wilayah yang lain sebaik sahaj selesai berunding dengan pimpinan PKR“Tengku Adnan sebenarnya kepanasan berikutan maklumat yang kita diperolehi, Khairy sangat berminat untuk bertanding di sini. Skandal ini bolehlah dikatakan sebagai pakej yang memberikan kelebihan kepada Khairy. Khairy sebelum ini sebenarnya telah memberi signal kepada kita berhubung kenyataannya di Jasin baru-baru ini menghendaki pemuda Umno supaya tidak melalut menyahut cabaran pembangkang yang akhirnya boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam parti Umno sendiri. Dia menasihatkan biar peringkat tertinggi parti sahaja yang memutuskan. ”

“Kita semua tahu Pak Lahlah yang akan memilih calon yang diperkenannya diperingkat akhir, dan jangan lupa pula si Khairy adalah menantu kesayangannya. Tidak mustahil kalau paling kurang pun saya mengagak Tengku Adnan Mansor tidak akan bertanding lagi di Putrajaya kalaupun bukan si Khairy yang bertanding di sini.”

 

Mengulas berkenaan ugutan Tengku Adnan kepada pegawai-pegawai kerajaan pula, beliau berkata:

“Ini bukan cabaran (untuk membuktikan PAS mempunyai ahli seramai 600 orang)! Ini adalah ugutan. Kita tidak akan terpengaruh dengan poltik sempit begini. Kita mengutamakan kebajikan ahli. Dia (Tengku Adnan) siapa nak tahu ahli kita? Kalau betul dia kata dia ada senarai lengkap pegawai dan siapa yang terlibat dengan Bn atau PAS, kenapa nak minta lagi (senaai yang didakwa) dengan kita? Dia pun sama macam Lingam ataupun dia sebenarnya takdak pun senarai yang didakwa tu.”

Ditanya sejauhmanakah kebenaran penduduk Putrajaya bersama-sama dengan perjuangan PAS pula, belia menyebut:

“Dimana-mana pun perjuangan menuntut keadilan dan perjuangan mengembalikan hak dan kebajikan rakyat sememangnya mendapat tempat di hati orang ramai. Begitu juga dengan puak-puak Umno ni, cumanya depa malu nak mengaku dan sebab itulah mereka tuduh macam-macam bila PAS nak realisasikan Malaysia sebagai negara berkebajikan. Mereka takut kalau mereka terima (mengaku kebenaran perjuangan PAS) nanti mereka akan hilang kedudukan dan kekuasaan. Padahal PAS datang untuk menebarkan kebaikan bukan untuk mencari pergaduhan.”