Berita arus perdana hari ini menyiarkan kenyataan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Harun di Baling berkenaan hantu senyap.
BALING 11 Feb. – Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) diminta berwaspada dengan kumpulan ‘hantu senyap’ yang akan muncul menjelang pilihan raya umum untuk meracuni fikiran rakyat khususnya generasi muda.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Idris Harun berkata, hantu senyap adalah gelaran untuk satu kumpulan yang akan bertindak membuat tohmahan dan meracuni fikiran rakyat menjelang pilihan raya umum ke-12.

Menurut beliau, bagi mengatasi gejala itu, Pemuda BN perlu mengambil langkah lebih tegas bagi menghalang kempen-kempen kumpulan berkenaan.

‘Sebarang bentuk tohmahan yang boleh mengelirukan rakyat secara sistematik dan terancang perlu dihalang.
“Pemuda BN perlu mengambil langkah bersiap sedia supaya kumpulan hantu senyap tidak menggugat parti dan rakyat,” kata Idris ketika melancarkan Gerak Gempur Pemuda BN Baling di Dewan Tun Razak di sini malam tadi.

Lebih 4,000 anggota Pemuda BN di kawasan Parlimen Baling menyertai program tersebut termasuk Pengerusi Pemuda BN Parlimen Baling yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Md. Rawi Abdul Hamid.

Idris yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka berkata, Pemuda BN perlu peka dengan perkembangan semasa supaya segala tohmahan pembangkang dapat dijawab secara telus supaya rakyat dapat memahami senario politik dengan lebih jelas.

Katanya, langkah memperkemaskan jentera Pemuda BN akan dapat memastikan hantu senyap itu tidak berani menawan kawasan-kawasan tertentu.

Beliau berkata, kelebihan yang ada pada BN perlu ditonjolkan lebih-lebih lagi keupayaan para pemimpin BN mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan keselamatan negara.

Padahal UMNOlah sebenarnya HANTU yang meracuni pemikiran dan minda rakyat selama ini, sehinggakan rakyat jadi bodoh dan bangang. Rakyat diracuni dengan hiburan melampau, pelajar universiti di bentuk serupa dengan budak sekolah, penyelewangan, rasuah, dan masalah sosial punca utamanya adalah HANTU-HANTU UMNO yang diketuai oleh BAPAK HANTU (Pak Lah) dan digerakkan oleh anak HANTU (Khairy). Dan Idris Harun pula merupakan HANTU picisan.
UMNO lah Hantu senyap mahupun bising

HANTU-HANTU ini mesti dibanteras menjelang pilihanraya pada kali ini. Jika tidak HANTU-HANTU UMNO ini akan menyeksa rakyat untuk tahun-tahun yang berikutnya….

maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada (surah Al-Hajj : 46)