Ceramah AMANAT PRESIDEN PAS, Dato’ Seri Hj. Abd Hadi Awang akan berlangsung di Darul Ummah, Markas PAS Titiwangsa, Kg. Pandan, Kuala Lumpur pada 19 Februari 2008, Jam 9.00 malam.

Penceramah lain yang akan hadir adalah YB. Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS yang juga wakil Kerajaan Kelantan. Hj. Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan dan Dr. Lo’Lo Hj. Mohd Ghazali, AJK PAS Pusat.

Pengundi-pengundi Lembah Klang serta dari Pantai Timur, Utara dan Selatan yang berada di sekitar Lembah Klang adalah dijemput hadir bagi mendengarkan amanat Presiden PAS menjelang Pilihanraya ke-12 ini.

Antara agenda menarik adalah siri penerangan manifesto PAS, pelancaran baju rasmi petugas pilihanraya PAS, dan juga jualan peralatan bagi kempen pilihanraya.