Proses penamaan calon telahpun melabuhkan harinya dan sekali lagi kita dapat menyaksikan tipu daya dan permainan kotor SPR dan juga jentera pilihanraya Umno-Bn diseluruh negara. Antaranya ialah bagaimana layanan berat sebelah, pilih kasih dan tutup mata SPR di dalam hal ‘duti setem’.

Jika SPR dengan halnya sebagai budak-budak suruhan Umno-Bn. Kali ini kita lihat pula bagaimana Tengku Nan, calon Umno-Bn Parlimen Putrajaya yang mempergunakan remaja yang masih bersekolah untuk terlibat dan bekerja sebagai juak-juak mereka.

Berita awal yang diperolehi dari juak-juak mereka mengatakan bahawa perarakan penamaan calon Umno-Bn akan disertai oleh 3000 orang ahli. Tapi ternyata yang datang tidak ramai, malah menggunakan bas untuk mengangkut remaja-remaja ini.

The camera never lies:
Umno-Bn mengajar mereka berkelakuan seperti samseng?

Harap-harapnya mereka hanya inginkan duit poket dari Umno-Bn saja.

Tapi perlukah digadaikan masa depan remaja ini hanya untuk kepentingan politik Tengku Adnan, cuma dibayar beberapa ringgit sahaja?

Sampah-sampah nanti ada pihak perbadanan yang tolong kutipkan, bolehkan Tengku Nan?

Lagi melanggar peraturan hari penamaan calon, membawa dan membunyikan alat muzik.

Inilah 600 orang ahli PAS Putrajaya! Takbeer!