tg-1.jpg 

Tengku Adnan tidak senang duduk dengan kehadiran PAS di Putrajaya. Terkini Berita Harian hari ini melaporkan Tengku Adnan ‘mendedahkan’ kononnya PAS membawa bawa 10 buah bas ke dalam Putrajaya.

“Dia (PAS) bawa pemimpin kebangsaan dan orang luar, Kelmarin kita dapat mengesan Iebih 10 bas dan luar datang ke Putrajaya (bagi mendengar ceramah dianjurkan Pas), semua orang luar, tidak ada orang Putrajaya,” katanya semalam.  
Amat malang kerana Tengku Adnan dan orang-orangnya sendiri tidak dapat membezakan yang mana satu pengundi Putrajaya dengan orang luar. Dakwaan 10 buah bas tidak berasas sama sekali. Bahkan kelibat sebuah bas pun tidak kelihatan di sekitar tempat ceramah di Dewan Serbaguna Presint 9 itu. Menurut sumber dalaman, penduduk Putrajaya antara yang meramaikan kehadiran. Nampaknya sindrom ketakutan dan fobia kakitangan kerajaan kepada PAS nampaknya sudah berakhir.  
Sementara itu, yang kelihatan di khemah-khemah BN hanyalah petugas-petugas yang memakai baju berlambang dacing. Tidak nampak kelibat orang ramai di khemah-khemah tersebut. 
Tengku Adnan juga mendakwa PAS melakukan pelbagai provokatif dan perbuatan lain dalam kempen. PAS Putrajaya menyanggah sama sekali kenyataan ini. PAS Putrajaya mencabar supaya Tengku Adnan mengemukakan bukti dakwaannya. 
Rondaan terkini yang dibuat pada oleh petugas PAS juga pada pagi ini sejurus selepas ceramah petang semalam menyaksikan bendera, papan tanda dan poster PAS disabotaj oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Amat memelikkan lagi poster dan bendera BN yang dipasang betul-betul berdekatan  dengan bendera PAS tidak terusik sedikit pun. 
 sabotaj1.jpg

Bahkan ada kumpulan penunggang-penunggang motosikal yang diupah oleh pihak-pihak tertentu yang sering membuat bising dan mengganggu pergerakan kempen muslimat PAS kepada penduduk Putrajaya sejak kempen bermula.  

  

PAS Putrajaya yakin kawasan yang dianggap sebagai ‘lubuk’ BN telah bertukar wajah. Sokongan kakitangan kerajaan dilihat semakin kukuh kepada PAS hari demi hari. Dengan kenyataan Setiausaha SPR, Dato’ Kamaruzaman di dalam Utusan Malaysia bertarikh 18 Februari 2008 bahawa UNDI ADALAH RAHSIA dan JAMINAN Tengku Adnan sendiri  di dalam akhbar NST, 4 Februari, bahawa kakitangan kerajaan tidak diganggu, tidak ada sebab lagi pengundi Putrajaya takut untuk mengundi PAS.  

Ayuh pengundi Putrajaya, buktikan di dalam PRU ke-12 ini!