(Banyak andaian dan perbahasan berhubung kedatangan pengunjung ke Ceramah Penerangan Tuan Guru Nik ABdul Aziz Nik Mat di Putrajaya baru-baru ini. Kaedah yang dicadangkan untuk semua pihak agar kita sama-sama berpuashati untuk menentukan bilangan pengunjung secara Matematik, iaitu kaedah persampelan kuadratik. Dari gambar di atas, tentukan lajur dan baris. Kemudian tentukan berapa bilangan pengunjung bagi lajur dan tentukan bilangan penganjr bagi baris. Kemudian kita sudah boleh mendapatkan bilangan pengunjung dengan mendarabkan bilangan pengunjung baris dan lajur. Iaitu bilangan pengunjung lajur X bilangan pengunjung baris. Nota: gambar di atas adalah persampelan bagi tak sampai separuh kawasan dalam dewan, iaitu hanya 1/3. Juga harus diingat bilangan pengunjung di luar dewan pula bagaimana? Baik, kita selesaikan dahulu bilangan yang di dalam dewan. Bilangan pengunjung mengikut baris minima seramai 25 orang dan bilangan pengunjung mengikut lajur minima seramai 25 orang. Maka bilangan persampelan di dalam gambar yang mewakili 1/3 dewan ialah 25X25X1/3=1875 orang. Minima 1875 di dalam dewan sahaja. Belum dicampur yang bersesak di atas pentas dan juga di luar pentas. Jadi kalaulah saya anggarkan bilangan yang di atas pentas dan di luar dewan menjangkau minima ke 600 orang. Maka, minima bilangan pengunjung pada hari tersebut ialah 2475. Itu minima. Ulang sekali lagi minima 2475. Maka saya kira kaedah yang sama juga telah diguna oleh Harian Metro dan NSTP bila disebutkan di dalam Harian Metro semalam dapa ms/16 melaporkan kehadiran 3000 orang. NST pula melaporkan kehadiran 4000 orang. Apa pun ntuk memuaskan hati masing-masing bolehlah guna kaedah persampelan di atas dan buat kiraan sendiri. Selamat mencuba.)