Harakahdaily
Wed | Mar 05, 08 |
6:28:37 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) – Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli dan penyokong PAS yang beragama Islam untuk terus bermunajat memohon pertolongan Allah agar PAS diberi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 ini.

Beliau mengarahkan semua calon dan petugas PAS untuk berpuasa sunat esok (Khamis) dan menghidupkan malam Jumaat dengan qiamullail dan munajat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden PAS mengingatkan, dalam kesibukan berkempen semua ahli dan petugas PAS tidak boleh melalaikan aspek spiritual.

Katanya, setelah berusaha gigih untuk membantu kemenangan PAS, seharusnya petugas PAS berdoa dan bertawakal kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada PAS sekaligus mematikan perancangan jahat musuh.

Menurut beliau, paling penting dalam gerakan Islam, petugas-petugasnya mempunyai hubungan yang kukuh dengan Ilahi.

“BEKERJA KERASLAH…. …..demi melihat apa yang kita benar-benar percaya”