Kuala Lumpur ( 9 Jun 2008 ) – Dewan Pemuda Pas Wilayah melancarkan Kempen Kutipan Tandatangan Bantahan Kenaikan Harga Minyak bertempat di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut selepas mendengar pengisian dan taujihat dari Tuan Guru Presiden sempena Jaulah Tarbawi Dewan Pemuda Pas Wilayah. Majlis pelancaran dimulakan dengan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menandatangani Memorandum Hak Rakyat di hadapan pemuda-pemuda Pas Wilayah dan juga wartawan yang hadir.

Majlis dihadiri tidak kurang dari 80 orang pemuda Pas Wilayah dan sebilangan wartawan diteruskan dengan ‘press statement’ oleh Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dan Ketua Pemuda Pas Wilayah, Saudara Kamaruzzaman Mohamad. Semua pemuda dikerah untuk memungut sebanyak mungkin tandatangan sebagai bantahan di atas keanaikan harga minyak oleh kerajaan Umno/Bn. Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas Wilayah bersama dengan parti rakan yang lain akan mengadakan Demo Aman bantahan kenaikan harga minyak pada 13 Jun 2008 (Jumaat) selepas solat Jumaat. Orang ramai disaran menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Baru dan perarakan akan bermula dari sana.

Dokumen memorandum boleh di download di sini.

Diharapkan rakan-rakan dan seluruh rakyat dapat memberikan kerjasama dengan mengedar dan mengumpulkan tandatangan bagi menjayakan kempen ini khusus untuk mendesak Kerajaan Barisan Nasional tunduk pada tuntutan rakyat.

Bagi yang telah berjaya mengumpulkan senarai tandatangan, diharapkan dapat mengembalikan dokumen berkenaan kepada Sekretariat DPPWP sebelum 11 Julai 2008 (Jumaat) ke :

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
18-3 Tingkat 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
TelFax : 03-40421559
Zulkarnain : 019-3764089
Herman : 019-2168557
Blog : http://dppwp.wordpress.com
Email : pemudawilayah@gmail.com