Mesyuarat Protes pertama – Wakil Pemuda tiada dalam mesyuarat awal PROTES yang menetapkan Pengarah Pengisian Himpunan adalah Hishamuddin Rais.-

– 19 Jun 2008 Mesyuarat ke 3 jam 1 tgh di Parlimen.

DPP Pusat pertama kali hadir dalam Jawatankuasa Pelaksana program. Sdr Kamaruzaman hadir mewakili DPPP. Mempersoalkan pengisian program yang terlalu panjang serta perubahan lokasi.

– 20 Jun 2008 (Jumaat) Mesyuarat ke 4 jam 5 ptg di tkt 5 Bangunan PAS.

DPP Pusat tidak hadir. Justeru tiada bantahan. Hishamuddin Rais meneruskan program persembahannya. Antara yang dimasukkan ialah persembahan kumpulan-kumpulan Underground.

– 30 Jun 2008 (Isnin)

Ust Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua DPPP di dalam blognya mempersoalkan pengisian program dalam Himpunan tersebut terutamanya kehadiran kumpulan band underground dan menimbulkan polemik di kalangan aktivis pemuda dan PAS. DPP Pusat mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pemuda pada sebelah malam dan membincangkan isu tersebut. Mesyuarat memutuskan untuk membantah kehadiran kumpulan underground dalam program tersebut dan bersetuju untuk menarik sokongan Pemuda kepada program Himpunan tersebut sekiranya tuntutan pemuda tidak dilayan. Mesyuarat mewakilkan Sdr Kamaruzaman (Ketua DPP Wilayah Perskeutuan juga Exco DPP Pusat) bersama Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua DPPN Johor yang juga Exco DPP Pusat) ke mesyuarat PROTES pada keesokannya.

– 1 Julai 2008 (Selasa (siang))

Mesyuarat ke 5 Protes di bangunan PAS. DPP Pusat menyuarakan bantahan keras terhadap penganjuran program (pengisian) yang ada unsur hiburan (konsert kumpulan underground) . Hishamuddin Rais sebagai Pengerusi Persembahan menjanjikan untuk membuang senarai nama kumpulan tersebut atas bantahan DPPP. Protes meminta DPPP berbincang lebih lanjut dengan Hishamuddin Rais untuk mendetailkan aturcara baru.

– 1 Julai 2008 (Selasa (malam))

Pertemuan DPPP yang diwakili oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad bersama beberapa Exco DPP WP. Mesyuarat bersetuju menukar persembahan kumpulan rock kepada kumpulan nasyid dan dikir barat. Sekali lagi Hishamuddin Rais memberikan jaminan dan berjanji bahawa kumpulan underground tidak akan membuat persembahan. Sdr Kamaruzzaman menegaskan sekiranya berlaku persembahan yang tidak menepati kehendak seperti yang dipersetujui pihak Pemuda akan membatalkan penyertaan Pemuda PAS

4 Julai 2008 (Khamis)

DPPP berpuashati dengan penjelasan Sdr Kamaruzaman dengan aturcara himpunan yang baru dan jaminan kawalan persembahan yang baik. DPPP telah mengarahkan kehadiran seluruh pemuda termasuk petugas AMAL di seluruh negara melalui SMS dan pengumuman dalam Sistem komuniti UKJ.

– 6 Julai 2008 (Ahad)

– Dari jam 9.00 pagi – 1 tengahari.

Himpunan Protes berlangsung. Sebelah pagi program berlangsung dengan baik dan aman. Persembahan yang moderate sehingga jam 1 tengahari. Pemuda PAS dan pasukan AMAL bertugas di segenap penjuru daripada petugas keselamatan, protokol, sehingga kepada Pengerusi Majlis.

– Jam 2.30 petang.

Program sesi petang dimulakan dengan persembahan kebudayaan India (Hindraf) disusuli dengan persembahan berat rock band (kumpulan rock). Walaupun judul lagu dianggap patriotik dan bersifat satira politik, pemuda PAS keseluruhannya mula keresahan. Melihat kepada penonton yang hadir kebanyakannya dari kalangan aktivis PAS (muslimat, golongan agamawan dan lain-lain). Sdr Kamaruzaman cuba menghentikan persembahan dan mengadakan rundingan dengan Hisamudin Rais untuk menghentikan persembahan band tersebut tetapi gagal. Program terus berlangsung dengan 3 buah lagu rancak. Sdr Kamaruzaman berbincang dengan Ust Azman Syapawi Abdul Rani (Naib Ketua DPP Pusat) dan DPPP membuat keputusan untuk memboikot dan menarik diri dari menjadi petugas himpunan Protes tersebut. DPPP mengarahkan seluruh petugas AMAL dan pemuda keseluruhannya menarik diri.

– Jam 7.00 petang.

DPPP diberitakan berlaku insiden tunjuk punggung oleh kumpulan Karburator Dung.

Yang benar,
Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha DPPP