Anggota Cawangan Khas (SB) PDRM kini mula memainkan peranannya bagi membantu mempertahankan kedudukan Dollah Badawi. Seluruh Kuala Lumpur kini dikepung dengan begitu banyak sekatan jalan hingga menyusahkan orang ramai yang ingin keluar bekerja. Sekatan berkenaan didapati dilakukan sejak semalam lagi dan akan berterusan hingga ke tengah malam ini.

Khabar angin bahawa akan ada satu himpunan besar-besaran di hadapan bangunan Parlimen hari ini begitu hangat kedengaran. Usul tidak percaya ke atas Dollah dijangka akan dibacakan hari ini dan ada yang mendakwa bahawa beberapa orang ahli parlimen BN akan lompat parti hari ini.

PAKATAN dijangka akan membentuk Kerajaan lewat petang ini dan Anwar akan menjadi Perdana Menteri.

Begitulah drama yang dimainkan oleh SB yang turut disebar luaskan melalui media bagi mewujudkan ketegangan dan memudahkan mereka membuat sekatan jalan, seolah negara sedang darurat.

Sehingga hari ini tiada pihak yang mengaku untuk memimpin Himpunan berkenaan. Malah kalangan pemimpin PAKATAN , khususnya PAS juga telah menafikan perhimpunan hari ini. Hypertension yang diwujudkan ini hanyalah rekaan dan ianya adalah strategi bagi menakut-nakutkan rakyat agar tidak datang ke Parlimen hari ini.

Nampaknya Dollah berusaha keras mempergunakan SB bagi menghuru-harakan negara. Diharapkan agar beliau berfikiran matang dan tidak memainkan khabar angin hanya semata-mata untuk mengukuhkan kedudukannya.