Pemuda PAS Putrajaya membantah konsert goyang gerudi Inul, yang dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 27 Julai 2008 ini. Pemuda Putrajaya melahirkan rasa kecewa dengan penganjuran konsert tersebut kerana ia nyata membawa kesan buruk kepada masyarakat lebih-lebih lagi golongan muda-mudi.

Harian Metro hari ini melaporkan konsert Inul yang dijadualkan di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus, Larkin, Johor Bahru, malam ini dibatalkan. Konsert itu dibatalkan kerana Pejabat Daerah Johor Bahru tidak meluluskan permit dua hari sebelum konsert berlangsung.

Walaubagaimanapun dilaporkan persembahan Inul tetap diteruskan di Stadium Putra, Bukit Jalil, 27 Julai ini.

Sehubungan dengan itu Pemuda PAS Putrajaya berharap konsert itu turut dibatalkan, sepertimana konsert di Johor. Pemuda PAS Putrajaya yang juga merupakan ahli kepada Pemuda PAS Wilayah berharap bantahan dapat digerakkan bagi sekurang-kurangnnya menyedarkan masyarakat tentang bahaya moral hasil daripada konsert berkenaan.

Diharap juga kepada orang ramai supaya tidak ke konsert tersebut yang harga tiketnya terlalu mahal, iaitu RM 100 dan RM 50. Selain ia merosakkan moral, ia jugak dilihat merugikan ditambah harga minyak yang melambung tinggi. Kerajaan sepatutnya menyekat program-program yang merugikan dan merosakkan rakyat seperti ini.