Bandar Tun Razak, 26 Sept – Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan telah menziarahi pesakit di wad pediatrik Hospital UKM. Hj Mohamad Nor datang bersama-sama dengan beberapa orang ajk Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan.

Antara yang turut hadir Ustazah Nuridah, Hj Halim, Ustazah Salbiah, Ust Md Ali dan En. Shukor.

Kehadiran rombongan PAS Wilayah ini disambut oleh pihak HUKM dengan mesra dan baik. Kanak-kanak di wad tersebut kelihatan gembira dengan kehadiran rombongan PAS Wilayah. Mereka gembira mendapat cenderahati dan duit raya daripada PAS Wilayah.

Menurut Ust Hj Mohamad Nor yang juga pesuruhjaya PAS Wilayah program ini sekurang-kurangnya akan dapat mengubat emosi pesakit di wad tersebut. Beliau berkata, “doktor telah berusaha untuk memberikan rawatan kepada mereka. Kini peranan kita memberikan pulak memberikan keprihatinan dan kasih sayang kepada mereka”.

Program ini merupakan program tahunan PAS Wilayah Persekutuan setiap kali ramadhan dan menjelang Aidilfitri. PAS Wilayah akan memilih beberapa tempat samada pusat jagaan orang tua ataupun kanak-kanak untuk memberikan sumbangan yang termampu.

“Saya akan mencadangkan kepada PAS Wilayah supaya program seperti ini akan diadakan lebih kerap, supaya kita boleh membantu mereka yang kurang upaya ini”, ujar ust Md Ali yang merupakan ajk Badan Perhubungan Wilayah.

HUKM gembira dan berterima kasih dengan kprihatinan serta sumbangan yang telah diberikan oleh PAS Wilayah. Pihak HUKM juga bersedia untuk menerima sumbangan dan melayan kunjungan daripada mana-mana pihak tanpa mengira latar belakang parti politik.

gambar boleh lihat di http://www.pas.org.my/galeri

Advertisements