Kuala Lumpur, 25 September : Pemudawilayah menganggap keputusan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen adalah sangat kedekut. Untuk kebajikan rakyat pun kerajaan terlalu berkira, sedangkan kerajaan sanggup membazir untuk projek-projek yang besar.

Ketua Penerangan Pemudawilayah ketika dihubungi menyatakan bahawa kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak sehingga paras dibawah RM2.

Pada 5 Jun 2008  kerajaan telah menaikkan harga minyak secara besar-besaran sebanyak RM 0.78 untuk petrol dan RM 1.00 untuk diesel. Pada ketika itu harga minyak bagi negara-negara Opec adalah pada kadar 118.75 setong. Semalam kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen selepas penurunan mendadak harga minyak di pasaran dunia, iaitu sekitar AS$ 109 setong.

Pada 19 September 2008 pula harga minyak turun pada paras AS$ 88.53 setong sebelum harga meningkat naik sehingga naik pada paras AS$ 109 setong.

Semalam Pak Lah mengumumkan harga 10 sen kononnya untuk meringankan beban rakyat sempena menyambut Aidilfitri dan berikutan penurunan harga minyak di pasaran dunia.

Herman menyatakan ini sangat tidak berbaloi selepas kerajaan menaikkan harga minyak secara mendadak pada jun lepas.

Kerajaan perlu membuat semakan harga pada setiap minggu. Perubahan harga tidak akan menjejaskan operasi semasa syarikat penjual Minyak dan Gas sekiranya semakan mingguan dibuat. Minyak adalah komoditi yang bergerak pantas dan kadar penjualannya juga tinggi sesuai dengan kadar permintaan yang sentiasa melebihi.

Pemudawilayah juga mendesak Kerajaan agar menyediakan jadual anggaran harga masa hadapan sebagai panduan. Anggaran boleh dibuat berdasarkan rekod harga pada minggu yang sebelumnya dan ini akan memudahkan penentuan harga pasaran dan agihan subsidi.

Pada selesa lepas Kamaruzaman Mohamad dan beberapa orang exconya telah menyerahkan memorandum supaya menurunkan harga minyak dibawah paras RM2, walaupun ada ura-ura mengatakan kerajaan hanya menurunkan 20 sen harga minyak.

Ternyata kerajaan tidak prihatin dengan masalah rakyat dengan hanya menurunka 10 sen.”Kesan kenaikan kos hidup rakyat meningkat mendadak selepas kenaikan harga minyak pada Jun lepas. Penurunan ini tidak akan memberi kesan kepada harga barang. Ia terlalu sedikit untuk meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.” ujar Herman