Sumber: Laman Web Muktamar PAS Ke-55

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Bertempat di Dewan Dato; Fadhil Noor, Markas Tarbiyyah Taman Melewar pada 2 dan 3 Mei yang lepas berlangsungnya Muktamar Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang menyaksikan Jawatan Ketua Pemuda dikekalkan. Mandat untuk penggal kedua diberikan kepada Kamaruzaman Mohamad.

Sementara itu Mantan Ketua Penerangan, Herman Samsudeen dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda mengantikan Kamarul Arif Muhamad. Perkara yang sama turut berlaku dalam jawatan Naib Ketua Pemuda dimana Lokman Ibrahim dilantik menggantikan penyandang jawatan tersebut sebelum ini Khairul Anuar Abd Manaf.

Dimaklumkan keputusan tersebut dibuat melalui Majlis Syura Pemuda Wilayah yang kemudiannya diluluskan oleh Perwakilan Muktamar.

Manakala 10 orang Ahli Jawatankuasa telah dipilih oleh perwakilan pada hari yang sama, mereka yang dipilih ialah Hj. Khairil Nizam, Fatah Yusof, Suhaimi Abd Aziz, Solihin Zakaria, Fadhil Othman, Hafiz Habil, Khafi Ali, Ust. Adlin Salleh, Nasaie Ismail, dan Mior Isfandy Azizan.

Pemuda Wilayah mengharapkan gabungan muka baru dan lama ini dapat membantu meneruskan perjuangan pemuda wilayah dan Pas di Wilayah Persekutuan ini khususnya.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang pertama turut dijangka akan berlangsung pada 10 Mei ini bagi perlantikkan beberapa orang AJK lagi serta pembentukan senarai organisasi yang baru.