DUN Permatang Pasir terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang telah melalui pilih kecil tahun lalu, dan satu lagi DUN didalamnya adalah DUN Penanti yang juga melalui Pilihanraya kecil baru-baru ini. Maknanya 3 Pilihanraya akan dilalui oleh rakyat Permatang Pauh selepas PRU 2008 setakat ini.

Al-Fatihah-Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham YB. Dato’ Mohd Hamdan Abd Rahman, ADUN N.11 PAS Permatang Pasir yang meninggal dunia malam tadi. Difahamkan, beliau disahkan meninggal oleh pihak IJN kerana sakit jantung.

Beliau telah menjadi ADUN sejak Pilihanraya ke-10, iaitu 1999-2009. Hampir 10 tahun beliau menabur bakti kepada rakyat Permatang Pasir khususnya, dan Pulau Pinang amnya. Beliau juga sebelumnya adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang hingga tahun 2003.

Sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa, beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 – 1966, kemudian berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977 dan jawatan terakhir beliau sebagai pegawai Kerajaan adalah sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam & Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

Sempena ulang tahun Tun Yang Terutama Tun Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abbas yang ke-71 pada 11 Julai baru-baru ini beliau telah diberikan anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato’.

Beliau telah meninggalkan seorang Balu dan 6 orang anak sebagai penyambung warisan perjuangan beliau.

Marilah kita sama-sama berdoa moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang soleh berkat amal jariahnya sepanjang kehidupan beliau.

Berdasarkan rekod, beliau merupakan wakil rakyat ketiga PAS yang pergi meninggalkan kita pada tahun ini. Sebelum ini pemergian beliau telah didahului oleh Almarhum YB. Roslan Shaharum, Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Almarhum YB. Ismail Yaacob, ADUN Manik Urai.

InsyaAllah PAS bersedia untuk mengekalkan warisan legasi beliau di DUN Permatang Pasir dalam tempoh terdekat.

Fakta Menarik:

DUN Permatang Pasir terletak dalam Parlimen Permatang Pauh yang telah melalui pilih kecil tahun lalu, dan satu lagi DUN didalamnya adalah DUN Penanti yang juga melalui Pilihanraya kecil baru-baru ini. Maknanya 3 Pilihanraya akan dilalui oleh rakyat Permatang Pauh selepas PRU 2008 setakat ini.