Harakahdaily
PETALING JAYA, 5 Feb: Kerajaan Persekutuan gagal memberikan penjelasan berhubung ketirisan berjumlah RM28 bilion perbelanjaan kerajaan seperti yang didahkan Menteri Kewangan Kedua dan Laporan Ketua Audit Negara Oktober tahun lalu.

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad, ketika berucap merasmikan portal berita KONSUMERKINI pagi tadi berkata, sehingga kini belum ada penjelasan berhubung ketirisan yang berlaku itu.

Kerajaan sewajarnya menggunakan semua saluran komunikasi yang ada bagi menjelaskan kepada rakyat tentang ketirisan atau pembaziran tersebut agar tidak wujud kekeliruan.


Selain itu, penjelasan tersebut juga penting agar kekeliruan tersebut tidak diguna pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik.

”Kerajaan sudah tentu mempunyai maklumat sebelum sesuatu dasar atau peraturan itu dibuat.

“Maklumat itu perlu dikongsi bersama-sama oleh rakyat, termasuk pegawai kerajaan, penghulu dan ketua kampung. Apabila mereka mempunyai maklumat yang cukup, mereka dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya tentang dasar kerajaan,” tambah beliau lagi.

Rakyat juga jelasnya perlu diberi penerangan dan penjelasan berhubung hasrat kerajaan melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2011 dan penstukturan subsidi petrol pada Mei 2010.

“Rakyat perlu diberikan maklumat tentang perlaksanaan dasar-dasar ini supaya mereka tahu apa yang sebenarnya hala tuju kerajaan,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan portal berita KONSUMERKINI kelolaan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) di Institut Pemasaran Malaysia di sini

Kewujudan web itu jelasnya sangat bertepatan bagi menyalurkan maklumat dan kesedaran kepenggunaan kepada pengguna agar mereka dapat membuat keputusan yang bijak dalam perbelanjaan

“MENCARI DIMANA PUNCANYA HILANGNYA DUIT KERAJAAN HARI INI, PELBAGAI BAJET DIPOTONG, KUTEMU JAWAPANNYA DISINI, SENANG HATI PUAK UMNO NI, DUIT RM28 BILION DIA BUAT MCM RM28 RINGGIT JER..BUAT SENYAP JER…”