Sejauh mana kita benci Yahudi? atau masih sayang-sayang malu?.Mana egg pemuda2 MELAYU ISLAM?
Laman web APCO sendiri menunjukkan siapa sebenarnya yang terlibat
dengan syarikat ini yang dibayar RM 23 million duit rakyat oleh Perdana
Menteri Najib Razak untuk mengendalikan “strategi komunikasi” dan
“membina imej” negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel – Shimon Stein (bekas
duta kepada Jerman), dan Itamar Rabinovich (bekas duta kepada Amerika
Syarikat) – serta Doron Bergerbest-Eilon, bekas ketua keselamatan
Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency, ISA) yang lebih
dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet. Jawatan ini adalah bersamaan
dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Shin Bet bertanggungjawab menjaga keselamatan dalam negeri Israel,
termasuk menghadapi intifada Palestin. Semasa intifada al-Aqsa, Shin
Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi
pemimpin-pemimpin Palestin yang dijadikan mangsa pembunuhan oleh
serangan udara tentera Israel.

Shin Bet turut terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka
semasa soal-siasat. Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, mendakwa
beliau ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah
oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata – mengakibatkan beliau
terpaksa dirawat seminggu di hospital. Makhamah Tertinggi Israel
sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet
berketerlaluan, melanggar hak asasi manusia, dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada satu individu.
ASERO merupakan sebuah syarikat adik-beradik kepada APCO yang berkait
rapat secara terbuka dengan APCO dan mempunyai pengkhususan dalam
hal-hal keselamatan dalaman negara. Selain Doron Bergerbest-Elion, tiga
lagi pemimpin utama ASERO adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin
Bet – David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden ASERO Carl Truscott, dan penasihat ASERO, Don
Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati
bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

APCO dan ASERO seumpama satu keluarga, dengan pemimpin-pemimpin yang
sama. Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden ASERO, manakala Mara
Hedgecoth – anak kepada Margery Kraus, Presiden APCO – merupakan Naib
Presiden di kedua-dua APCO dan ASERO. Denise Teeling pula, adalah Ketua
Kewangan (CFO) bagi kedua-dua APCO dan ASERO juga. Menurut laporan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah
direktor APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Mengapakah sebuah syarikat dengan kaitan yang amat rapat dengan
elemen-elemen Zionis dan dipimpin oleh individu yang terlibat dengan
organisasi yang terkenal kerana menyeksa orang Palestin diberi peluang
membentuk dasar-dasar sensitif Malaysia?

Dengan pengupahan APCO, pengaruh Zionis, penyeksa serta mereka yang
handal menyalahgunakan kuasa kerajaan kini telah dibenarkan menentukan
hala tuju negara, serta kini mempunyai akses kepada semua peringkat
kerajaan – termasuk maklumat yang berpotensi menjejaskan keselamatan
dan kepentingan negara. Tidak membimbangkan ke, Ketua Kewangan ASERO,
Denise Teeling, yang bekerja untuk bekas pegawai Shin Bet, terlibat
secara terus dengan operasi APCO di Malaysia?

Selain daripada Israel dan Amerika Syarikat, kepada pengaruh siapakah
Malaysia kini dibukakan? Di antara pemimpin ASERO satu-satu individu
yang bukan warganegara Amerika, UK atau Israel adalah Kelvin Tan Wee
Peng – seorang bekas polis Singapura.

Apakah Perdana Menteri Najib sanggup menggadai masa depan dan
kedaulatan negara hanya demi mereliasasikan cita-cita politiknya?

APCO tidak hanya terlibat dengan aktiviti Zionis dan pencabulan hak asasi sahaja, malah juga dengan aktivisme anti-Islam.

Jonathan Winer merupakan Naib Presiden APCO di Washington DC. Pada
2003, Winer memberi keterangan di Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat
di mana dia menuduh gerakan Ikhwan Muslimin (Muslim Brotherhood) serta
beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas, dan berusaha untuk
menghentikan segala aktiviti kewangan badan-badan ini.

Marc Ginsberg pula, ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat,
memanggil tokoh pemikir Islam Sayyid Qutb (inspirasi kepada Ikhwan
Muslimin dan penulis karya Ma’alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur’an)
seorang “musuh” dan membandingkan beliau dengan Adolf Hitler.

Siapa sebenarnya di merata dunia yang sanggup mengupah syarikat yang
dipimpin oleh mereka yang berusaha menentang Islam dan menyemai
kebencian?

Klien-klien dan bekas klien APCO termasuk beberapa ‘tokoh’ yang cukup
terkenal. Di antaranya adalah Jeneral Sani Abacha, yang mencuri hampir
RM 10 billion duit rakyatnya semasa presiden Nigeria. Jeneral Abacha
turut dikenali kerana pencabulan hak asasi manusia yang cukup parah,
termasuk penahanan dan pembunuhan aktivis-aktivis.

Nursultan Nazarbayev, diktator Kazakhstan yang didakwa bersama
keluarganya terlibat dalam rasuah yang cukup besar serta beberapa
pembunuhan, turut merupkan seorang klien APCO. Di antara strategi APCO
adalah untuk “membeli” beberapa laporan dari institusi pengajian tinggi
untuk mengharumkan nama Kazakhstan di Barat.

Narenda Modi pula, Ketua Menteri Gujarat di India yang dikatakan
membiarkan rusuhan kaum berlaku antara rakyat Hindu dan Muslim,
mengakibatkan hampir 2,000 kematian – kebanyakannya Muslim – juga
pernah mengupah APCO untuk mengharumkan balik imejnya.

Beginilah senarai pemimpin yang kini disertai oleh Perdana Menteri Najib, yang seandainya tidak mengenal malu.

Adakah ini sebuah pengakuan diam bahawa Perdana Menteri mempunyai
beberapa kesamaan dengan pemimpin-pemimpin yang dituduh berasuah dalam
negara kaya dengan minyak, gagal menghentikan konflik perkauman, serta
mengakibatkan kematian?

Keputusan Perdana Menteri untuk membuka Malaysia kepada pengaruh Zionis
dan anti-Islam serta berganding bahu dengan para perasuah yang paling
parah di dunia harus dipertikai oleh setiap rakyat yang cintakan
Malaysia.

Sekiranya Perdana Menteri masih berdegil dengan mengekalkan kontrak
APCO ini, maka tergadailah negara dan terjejas keselamatan serta maruah
kita semua. Kita hanya boleh harap kita masih belum terlambat.

DPPPUTRAJAYA – SAMA2 KITA BERFIKIR, SIAPA KRONI YAHUDI ZIONIS JAHANAM, FIKIR SBLM SOKONG!!!