Kalau pada zaman Ong Ka Ting, beliau melantik kroninya Ong Ka Chuan yang juga abangnya sebagai Setiausaha Agung MCA, kini Presiden baru MCA yang ‘terkenal’ Chua Soi Lek melantik anaknya Chua Tee Yong menganggotai Majlis Presiden Parti itu.

Apakah Chua ingin menjadikan MCA sebagai parti keluarga?

Hari ini Presiden MCA itu menggemparkan ahli-ahli MCA terutama musuh dalamannya apabila mengumumkan anaknya itu yang juga Ahli Parlimen Labis sebagai anggota Majlis Presiden.

Tindakannya mengundang reaksi negatif di kalangan ahli dan pimpinan MCA dan juga di kalangan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Apakah MCA sudah ketandusan pemimpin sehingga Chua terpaksa melantik anaknya sendiri menjadi anggota Majlis Presiden yang berkuasa itu.

Atau apakah Chua ingin memastikan pengaruhnya bertambah kuat kerana sudah tentu beliau akan mendapat sokongan padu dari anak kesayangannya itu.

Selain melantik penyokong setianya ke jawatan utama, dia juga membuat kejutan dengan menamakan beberapa pemimpin persatuan dan dewan perniagaan Cina untuk menduduki majlis presiden.

Saya yakin tindakan beliau menyebabkan perpecahan di dalam MCA bertambah parah kerana sudah kelihatan bibit tidak baik menjadi bertambah teruk dengan amalan kronisme ini.

Pengundi Hulu Selangor diharapkan dapat membuat undi protes terhadap MCA dan Chua Soi Lek dengan mengundi calon PKR pada 25 April ini. Puak-puak memang patut diajar supaya mereka sedar bahawa rakyatlah sebenarnya yang berkuasa.

Dikarang oleh : Mutaligat

” DPP PUTRAJAYA : Be End (BN) tak pernah serik dari kroni ..aduis…bila diaorang nak insaf yer?”