Walaupun lesen judi bolasepak diluluskan Menteri Kewangan kepada Ascot Sport, anak syarikat kumpulan Berjaya yang dimiliki Vincent Tan, ia tidak boleh beroperasi sekurang-kurangnya di empat negeri iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Ia hanya boleh beroperasi di negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) iaitu Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak di samping Putrajaya dan Labuan.

Ini berikutan pengumuman yang terkini iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah mengumumkan, kerajaan negeri Selangor tidak akan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Jika mana-mana premis menjalankan urusan judi itu, pihak berkuasa tempatan yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan bertindak dan antaranya menyita premis itu.

Pengumuman itu dibuat Khalid ketika membuat ucapan penggulungan di Kongres PKR ke 6 di Pusat Perdagangan Kelantan (KTC) petang semalam.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husin berkata, kerajaan akan mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan bola sepak piala dunia tidak lama lagi.

Seorang lagi timbalan Mneteri Kewangan,Datuk Chor Chee Heung mengumumkan, Menteri Kewangan telah mengeluarkan lesen judi untuk pertandingan Bola Sepak Piala Dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah membuat arahan yang sama. Beliau telah mengarahkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai agar jangan mengeluarkan lesen premis untuk judi tersebut.

Langkah yang sama telah dibuat oleh kerajaan negeri Kedah dan Kelantan yang mana menteri besar kedua-dua negeri itu adalah dari PAS iaitu masing-masing Datuk Seri Azizan Razak dan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dengan tindakan para pemimpin Pakatan Rakyat ini bermakna kira-kira 30 peratus bakal pelanggan judi bola ini tidak akan dapat berbuat demikian kerana lesen premis tidak dikeluarkan oleh PBT di empat negeri Pakatan tersebut.

Sementara itu, Chor Chee Heung dalam kenyataan kepada media semalam memberikan amaran kepada kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat, tindakan mereka bertentangan dengan perlembagaan dan tindakan boleh diambil ke atas mereka.

Oleh kerana judi bola sepak telah dihalalkan (legalise) oleh kerajaan persekutuan, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat menyekat dari berjalan di negeri berkenaan satu tindakan yang tidak betul dan bertentangan dengan undang-undang, kata Chor kepada media.

“Kerajaan negeri Pakatan, khasnya Pulau Pinang kena faham bahawa judi bola sepak tidak lagi kegiatan haram (di Malaysia),” kata Chor sebagaimana yang dipetik oleh sebuah akhbar Cina.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berucap di ceramah khas (gambar) sempena kongres PKR itu di sini berkata, beliau sedia ke mahkamah lagi bagi mempertahankan tindakannya itu.
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Chor yang disiarkan akhbar Cina itu.

Lim Guan Eng pernah diseret ke mahkamah dan kemudiannya dipenjarakan ekoran tindakan beliau membela seorang gadis bawah umur yang didakwa dirogol oleh seorang bekas ketua menteri.

DPP PUTRAJAYA – AKU RASA PASTI ADA NEGERI YG DIPIMPIN OLEH BE END AKAN IKUT SAMA MENGHARAMKAN..PERNAH DULU UM