Laporan


Sumber: Laman Web Muktamar PAS ke-55

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan malam tadi bersetuju melantik Kamarul Arif Muhammad sebagai Setiausaha dewan tersebut. Beliau sebelum ini yanag memegang jawatan Timbalan Ketua Pemuda sebagai Setiausaha yang baru.

Suhaimi Abd Aziz yang sebelum ini memegang amanah sebagai Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dilantik sebagai Penolong Setiausaha 1 dengan dibantu oleh Khafi Ali sebagai Penolong Setiausaha 2.

Seterusnya mesyuarat juga bersetuju untuk mengekalkan Bendahari lama Sdr. Khairil Nizam untuk meneruskan gerak kerja dan agenda kewangannya.

Ketua Penerangan pula kini beralih kepada Sdr. Nasaie Ismail yang juga Ketua Pemuda Pas Lembah Pantai. Timbalan Ketua Penerangan pula adalah Sdr. Meor Asfandy Azizan.

Bagi jawatan Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda pula, mesyuarat sebulat suara memilih Sdr. Khairul Anuar Abd Manaf yang juga mantan Naib Ketua sebagai pengerusinya.

Pemudawilayah kini diterajui oleh Sdr. Kamaruzaman Mohamad sebagai Ketua, Sdr. Herman Samsudeen, Timbalan Ketua dan Sdr. Lokman Ibrahim sebagai Naib Ketua.

……….senarai potfolio mengikut lajnah akan dikemaskini.

Sumber: Laman Web Muktamar PAS Ke-55

KUALA LUMPUR, 8 Mei – Bertempat di Dewan Dato; Fadhil Noor, Markas Tarbiyyah Taman Melewar pada 2 dan 3 Mei yang lepas berlangsungnya Muktamar Pemuda Pas Wilayah Persekutuan yang menyaksikan Jawatan Ketua Pemuda dikekalkan. Mandat untuk penggal kedua diberikan kepada Kamaruzaman Mohamad.

Sementara itu Mantan Ketua Penerangan, Herman Samsudeen dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda mengantikan Kamarul Arif Muhamad. Perkara yang sama turut berlaku dalam jawatan Naib Ketua Pemuda dimana Lokman Ibrahim dilantik menggantikan penyandang jawatan tersebut sebelum ini Khairul Anuar Abd Manaf.

Dimaklumkan keputusan tersebut dibuat melalui Majlis Syura Pemuda Wilayah yang kemudiannya diluluskan oleh Perwakilan Muktamar.

Manakala 10 orang Ahli Jawatankuasa telah dipilih oleh perwakilan pada hari yang sama, mereka yang dipilih ialah Hj. Khairil Nizam, Fatah Yusof, Suhaimi Abd Aziz, Solihin Zakaria, Fadhil Othman, Hafiz Habil, Khafi Ali, Ust. Adlin Salleh, Nasaie Ismail, dan Mior Isfandy Azizan.

Pemuda Wilayah mengharapkan gabungan muka baru dan lama ini dapat membantu meneruskan perjuangan pemuda wilayah dan Pas di Wilayah Persekutuan ini khususnya.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang pertama turut dijangka akan berlangsung pada 10 Mei ini bagi perlantikkan beberapa orang AJK lagi serta pembentukan senarai organisasi yang baru.

Oleh HermanSamsudeen

saladin-khairy-ppsmiKUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) – Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengarahkan pemuda-pemuda seluruh negara untuk sama-sama menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 Mac, Sabtu nanti.

Katanya, ahli yang mengaku mereka adalah pemuda PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI.

“Kita juga akan memastikan pemuda-pemuda PAS negeri dan kawasan supaya hadir dan menyertai perhimpunan membantah PPSMI itu nanti,” katanya semasa dihubungi.

Malah, katanya, antara usaha Pemuda PAS menyokong himpunan 100,000 yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) iaitu mengadakan ‘road show’ seluruh negara sebagai penerangan jelas kepada rakyat bawaha dasar itu tidak boleh diteruskan.

Salahuddin juga memberi jaminan, kekecohan tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya jamin perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan mereka yang datang tidak akan buat kacau melainkan ada pihak yang sengaja melakukan provokasi,” katanya.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato’ Dr Hassan Ahmad yang dianggotai kumpulan NGO, sayap-sayap Pemuda PAS dan KeADILan akan menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Agong.- azm/mks

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Hrkh) – Pihak polis sengaja menimbulkan suasana ketegangan sebagai provokasi dengan mengadakan sekatan jalan raya dalam kehangatan isu liwat Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan ura-ura usaha Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat.

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyelar tindakan pihak polis yang disifatkan mengadakan sekatan jalan raya yang tidak perlu dan tidak menitik beratkan kesan dan masalah yang terpaksa ditanggung pengguna jalan raya akibat sekatan tersebut.

“Ini semua kerja gila, dan sengaja diada-adakan atau mungkin polis sudah tiada kerja lain yang hendak dibuat,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily. (more…)

Saidah Hairan| Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sat | Jun 14, 08 | 7:06:43 am MYT
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) – Himpunan aman rakyat Malaysia yang membantah kenaikan harga minyak merupakan amaran awal kepada Perdana Menteri dan Timbalannya supaya menurunkan harga petrol dan diesel sebelum mereka melakukan perhimpunan lebih besar. <!–

–>

ImagePerhimpunan aman pada awalnya dirancang petang semalam menuju ke Suria KLCC terpaksa dibatalkan disebabkan halangan daripada Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) di beberapa jalan utama menuju ke bangunan berkembar tersebut.

Perarakan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru itu turut di halang oleh pihak Polis di Jalan Raja Muda dan mereka terpaksa melalui Jalan Raja Alang dan terus ke Jalan Raja Laut.

Lebih 3000 peserta yang berarak terpaksa berhenti di hadapan kompleks membeli belah Sogo kerana semua jalan disekat. Mereka melaungkan slogan ‘Turun…turun…harga minyak, BN turun, Pak Lah turun, Najib turun’. ImageDi tengah pancaran matahari, peserta duduk bersimpuh di jalan tar yang panas mendengar ucapan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan PAS serta KeADILan.

Mohamad Sabu mengajukan persoalan kepada peserta perarakan, “Apakah kita mahu membayar makanan pagi RM10, tengahari RM10, petang RM10?”

Serentak kedengaran laungan “Tidak mahu” bergema di sepanjang Jalan Raja Laut.

Sehubungan itu Mohamad mengingatkan himpunan rakyat akan diteruskan sehingga pemerintah menurunkan harga minyak.

Image“Apakah mereka tidak ingat mereka dipilih oleh rakyat, mereka tidak insaf walaupun rakyat telah menolak mereka dalam pilihan raya umum lalu,”katanya di hadapan Sogo.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa perarakan petang ini menunjukkan isyarat supaya Abdullah mesti berhenti.

Ini kerana katanya, rakyat menjadi mangsa di atas kezaliman pemerintahan beliau.

“Kita mesti meneruskan bantahan sampai mereka menurunkan harga minyak,” tegasnya.

ImageUcapan pimpinan PAS Pusat dan KeADILan itu diselang selikan dengan laungan; “Turun-turun…harga minyak; Turun-turun BN; Turun-turun Pak Lah, Turun-turun Najib”.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Nawawi turut mengingatkan Perdana Menteri dan Timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa himpunan rakyat itu memberi mesej kepada Umno-BN agar jangan mempermainkan rakyat.

Katanya, jika pemerintah Umno-BN terus mempermainkan rakyat, mereka mempunyai kuasa untuk menurunkan Umno-BN.

Image“Amaran awal kita rejim Umno-BN kalau tidak turunkan minyak dan tol rakyat akan berhimpun lebih satu juta pada 5 Julai nanti,” tegasnya.

Beliau melaungkan, pimpinan BN hidup kaya akibat meragut hasil kekayaan negara.

Sementara itu Ketua Angkatan Pemuda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin melaungkan, kerajaan Umno-BN sudah gila kerana telah menaikkan minyak sebanyak 78 sen.

“Ini orang gila punya kerajaan. Tidak tahu masalah rakyat. Kita akan kutip satu juta tandatangan sebelum 5 Julai ini,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, kutipan tandatangan itu merupakan protes rakyat yang terbesar tercatat dalam sejarah politik tanahair.

ImageUcapan beliau itu disambut laungan orang ramai; “Minyak naik, rakyat geram’.

Dalam pada itu, Timbalan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Thantawi berkata, rakyat menghadapi pimpinan negara yang menipu.

Ini kerana katanya, sebelum pilihan raya Najib mengeluarkan kenyataan minyak tidak akan dinaikkan tetapi selepas pilihan raya minyak telah dinaikkan.

Beliau menjelaskan maksud hadis, ‘mana-mana maruah pimpinan yang menipu rakyat mereka diharamkan Allah daripada masuk ke dalam Syurga’.

ImageTambah beliau, “Mana-mana pimpinan yang menyusahkan kehidupan rakyat mereka akan disusahkan kelak di akhirat.”

Ucapan di hadapan Sogo itu diakhiri dengan bacaan doa oleh AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Peserta dan pimpinan PAS dan KeADILan meneruskan perarakan sehingga ke hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Ketika peserta demonstrasi berpusing balik ke Pejabat Agung PAS, semua kenderaan bas, kereta, motor yang berhenti di lampu isyarat membunyikan ‘hon’ tanda memberi sokongan.

Peserta perarakan yang berhimpun di pejabat Agung terpaksa bersurai kerana pihak polis berkawal di hadapan pejabat itu.

Bagaimana tidak ada sebarang tangkapan dan kekasaran yang berlaku di sepanjang perarakan petang ini. – mks. _

Ihsan: Berita Harian Online

KOTA BAHARU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan hari ini membuat laporan polis supaya siasatan segera dilakukan terhadap enam individu yang dikaitkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V K Lingam.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini pada jam 1 tengah hari.

Wan Khairul, yang diiringi 50 anggota AMK Kelantan, ketika ditemui selepas itu berkata laporan itu bertujuan meminta polis membuka kertas siasatan dan menyiasat segera keenam-enam individu berkenaan.

Katanya, siasatan segera perlu dilakukan bagi memulihkan semula keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.

Enam individu itu ialah peguam Datuk V K Lingam, ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan, bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Semalam laporan yang sama turut dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.- Bernama

Dari Berita Harian Online:

Dr Mahathir isytihar keluar Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad

TUN Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengumumkan keluar daripada Umno sebagai protes kepada keengganan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan mengajak ahli lain keluar parti bersamanya.

Bagaimanapun beliau menasihatkan ahli yang keluar Umno tidak menyertai parti lawan dan masuk semula Umno apabila Abdullah meletak jawatan.

Dari Tranungkite.net :

Dr Mahathir keluar Umno
Dilulus terbit pada Monday, May 19 @ 13:48:13 MYT oleh SongkokPutih
Berita Ihsan Malaysiakini.com

mahathir and umno 190508Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk “The Malay Dilemma” di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

sila klik pada gambar untuk dibesarkan

Mesyuarat Agung Pertama Dewan Pemuda PAS Putrajaya

AHAD, 27 APRIL 2008 / 20 RABI’UL AKHIR 1429H
9.00 PAGI – 12.30 TENGAHARI

DIRASMIKAN OLEH
SDR. AHMAD SABKI YUSUF
SETIAUSAHA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


Harakahdaily
Thu | Mar 06, 08 | 11:08:19 am MYT

“Wahai Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia.”

“Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami. Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami. Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami.”

“Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik.” “Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia.”

“Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat. Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah.”

“Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancnagan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri , dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi, Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu.”

“Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian.”

« Previous PageNext Page »