Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa kesal dan kecewa dengan tindakan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan. Apakah malang bagi sebuah negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam apabila Perdana Menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam.

Umat Islam seluruhnya juga merasa terpukul dengan arahan ini yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini. DPPWP dan umat Islam tidak boleh menerima hakikat arahan ini, kerana azan adalah kaedah dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam bagi mengajak mereka terhadap keindahan Islam. Azan juga adalah sebagai seruan kepada umat Islam agar menjaga ibadah dan seterusnya mengimarahkan masjid.

Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, azan telah menjadi suatu syiar kepada umat Islam. Ia perlu dikumandangkan untuk didengari oleh seluruh manusia. Bahkan Nabi SAW mengarahkan azan agar dilaungkan dengan kuat sebagai menandakan masuknya waktu Solat.

Bagi kaum bukan Islam, azan tidak boleh dipertikaikan kerana ia adalah syiar Islam. Sama seperti agama Kristian dan Hindu yang membunyikan loceng tatkala waktunya, kaum Tionghua yang membakar mercun pada masanya, bagi umat Islam azan adalah kaedah bagi menandakan masuk waktu bersembahyang.

DPPWP difahamkan individu yang membantah azan di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam adalah seorang ahli MCA seumur hidup. Beliau telah menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di masijd tersebut diperlahankan. Dalam hal ini, DPPWP mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan JAWI tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN? Isu ini membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti yang mampu membela dan mempertahankan Islam, kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponennya.

DPPWP difahamkan juga bahawa kawasan sekitar Pantai Dalam adalah kawasan yang dihuni oleh ramai orang Melayu beragama Islam. Saban hari dan tahun penghuni sekitar tidak menghadapi masalah dengan laungan azan di masjid tersebut, tetapi mengapa hanya dengan satu aduan daripada seorang ahli MCA tiba-tiba pihak JAWI dengan serta merta mengarahkan azan diperlahankan?

DPPWP mengingatkan Perdana Menteri bahawa tindakan ini boleh merendahkan maruah Islam dan umatnya. Bagaimanakah nanti selepas ini jika pelbagai aduan diajukan terhadap mana-mana masjid agar laungan azan diperlahankan atau mungkin ditiadakan, adakah Perdana Menteri dan JAWI akan tunduk terhadap aduan mereka? DPPWP bimbang sekiranya berlaku nanti ada masjid terpaksa dibuang pembesar suara kerana dianggap mengganggu penduduk sekitar dan pihak kerajaan melayan tuntutan mereka!

 

Disediakan oleh;

 

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 

Advertisements

DPP PUTRAJAYA mengucap selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada semua pembaca beragama Islam. Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

azlanPertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi,

Semoga dengan kelahiran tahun baru Islam dapat menjadikan kita sebagai seorang muslim yang benar2 memahami Islam yang kita anuti. Dan kita sama-samalah meningkatkan kefahaman kita terhadap Islam secara total. Islam bukan hanya pada ritual ibadah semata2, tetapi ia mencakupi segenap aspek kehidupan  : ISLAM IS THE WAY OF LIFE!!!!

Dewan Pemuda PAS WIlayah Persekutuan menyokong penuh tindakan Kerajaan Selangor yang membantah tuntutan kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan.

Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat. DPPWP juga kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa Kerajaan Umno-BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat.

DPPWP mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendesak agar Yang Di Pertuan Agong menghalang hasrat SYABAS dan membatalkan perjanjian konsensi yang jelas merugikan rakyat di Lembah Klang.

DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar Memorandum rakyat ke Istana Negara.

Jika pengguna air berdiam diri pada hari ini, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus ini.

Hatta pihak Menteri sendiri hanya mampu memberikan jaminan tidak akan menaikan tarif air selama setahun kepada Kerajaan Melaka dan Johor walaupun negeri berkenaan sudah berikrar akan menyerahkan aset industri airnya kepada PAAB pada bulan Disember dan Januari nanti. Selepas setahun, tarif air tetap akan dinaikan juga di Melaka dan Johor, apa yang Shaziman mampu buat jika PAAB membuat tuntut sama seperti SYABAS hari ini?

Dalam hal ini, rakyat sebagai pengguna air juga yang akan tertindas. Cukuplah rakyat melihat Kerajaan Umno-BN Selangor telah membuat kesilapan dan mengadaikan sumber air Selangor sebelum ini, jangan tutup mata dan anggap Kerajaan Umno-BN di Melaka dan Johor sudah cukup bijak dalam hal ini.

Hakikatnya mereka telah melakukan perkara yang lebih buruk lagi kerana seluruh aktiviti pengurusan air di negeri mereka selepas ini akan diswastakan 100 peratus! dan Kerajaan Negeri bakal hilang kawalan terhadap sumber air negeri.

Marilah bersama-sama menyokong Kerajaan Pakatan Selangor yang bertekad mempertahankan aset pengurusan air negeri dan hak pengguna air yang mahu tarif air tidak dinaikkan.

 

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini menafikan laporanUtusan Malaysia dan menjelaskan bahawa pemberian wang oleh menteri besar kepada sebilangan masyarakat Orang Asli yang diislamkannya sebenarnya adalah wang zakat dan bukannya rasuah seperti didakwa.

NONEKatanya, beliau telah menyemak dengan setiausaha politik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mendapatkan penjelasan sebenar berhubung isu itu.

“Saya diberitahu ia adalah wang zakat. Tok Guru mengislamkan tiga Orang Asli ini dan bagi wang zakat.

“Takkan zakat ini rasuah?” katanya dalam sidang media di markas jentera PAS di Gua Musang hari ini.

Katanya lagi, Suruhanjata Pilihan Raya (SPR) perlu bersikap terbuka dalam isu tersebut.

“Jangan kalau Tok Guru ada beri duit sikit, dianggap rasuah, jangan rakyat tengok SPR ini memihak.

“Ini zakat bukan rasuah. Utusan itu suka kelirukan orang, ini memang sikap mereka.

“Tapi saya rasa ia beri kelebihan kepada PAS, kerana bila orang baca mereka akan marah dan anggap ia bohong,” katanya.

DPP PUTRAJAYA –  UMNO NI BILA DAH TAKDE ISU NAK BONGKAR, HABIS TAK BOLEH BEZA DUIT ZAKAT DENGAN RASUAH, MANA ULAMAK MUDA UMNO UNTUK MENGISLAHKAN UMNO NI.. KESIAN DAH BERUSIA 50 TAHUN LEBIH, MASIH GAGAL MEMBEZAKAN ZAKAT DAN RASUAH, SAYA YAKIN, RAKAN2 SEMUA LEBIH MEMAHAMI BAHAWA ADA 1 ASNAF YG DIPERUNTUKKAN KEPADA GOLONGAN MUALLAF, JADI KENAPA SPR DAH JADI UMNO YER? KALO SPR NAK JADI UMNO, TUKAR JER LA LAMBANG SENANG SKET…

LONDON, 26 Okt: Adik ipar Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

“Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram,” katanya kepada akhbar The Mail Ahad lalu.

Beliau berkata, “sekarang ini saya tidak lagi makan babi dan saya membaca Al Quran setiap hari.  Kini saya sedang membaca pada muka surat ke 60.

“Saya juga tidak minum alkohol dalam 45 hari ini, satu tempuh masa yang terpanjang dalam 25 tahun.  Peliknya sejak saya mengambil keputusan untuk memeluk Islam, saya tidak mahu lagi menyentuh alkohol,” katanya.

Sebelum memeluk Islam, Booth sangat simpati dengan Islam dan menghabiskan masa yang lama di Palestine. Beliau juga menentang keras peperangan yang dipaksakan ke atas Iraq.

“Saya selalu kagum dengan kekuatan dan keselesaan yang diberi (oleh Islam),” katanya.

 

“DPP PUTRAJAYA – MAKIN RAMAI YANG KEMBALI KEPADA ISLAM SECARA KESELURUHANNYA, KITA BAGAIMANA??? ADAKAH KITA SEMAKIN MENDEKATI ISLAM, ATAU KITA MENENTANG ISLAM DALAM KEADAAN KITA SENDIRI TAK SEDAR??? “

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

“Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

“Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

“Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.

“Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil di Galas yang hanya bersebelahan.

“Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.

“InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010,” katanya.

Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.

Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.

“Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.

“Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan,” katanya.

Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.

Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.

Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari “busuk hati” pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 yang lalu.

“Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.

“Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin,” katanya.

 

“DPP PUTRAJAYA –  KADANG2 ADA ORANG YANG TIDAK FAHAM ATAU BUAT2 TAK FAHAM ISTILAH MISKIN DAN KAYA, DIA KATA MISKIN TAPI HAKIKAT KAYA, DIA KATA KAYA, TAPI HAKIKAT SEBENARNYA MISKIN…KEPALA PUN SUDAH PUSING..KASIK TURUN SAMA’ DIA..JOM ORG2 SABAH.. “

KUALA LUMPUR, 23 Okt: “Ulama muda Umno sepatutnya menasihati pemerintah dan pembesar, bukan mengipasnya dalam perkara yang beliau sendiri tahu ia salah,” kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan ketika memberi respons kepada kenyataan Fathul Bari yang berucap dalam perhimpunan Agung Umno di PWTC, hari ini.

Nasrudin berkata, semua orang yang menyaksikan bentuk persembahan Festival Busana Muslim (Islamic Fashion Festival) itu melihat pertunjukan tersebut bercanggah dengan Islam.

“Apa yang kita bantah ialah pertunjukkan fesyen  yang kita saksikan melalui satu siaran yang disiarkan oleh CNN dan juga melalui laman web IFF sendiri,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau memberitahu bahawa Pemuda PAS dan NGO Islam bukanlah bertindak melulu tetapi Datin Seri Rosmah Mansor sebagai penaung yang hadir dalam majlis tersebut mesti bertanggungjawab, memohon maaf, bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.

“Sering kali orang pertikai kenapa bantah mungkar itu, kenapa tidak tanya dulu penganjur dan penaungnya?

“Kalau saya tanya kembali masa putuskan (untuk) menganjurkannya mengapa tidak tanya ulama dahulu?

“Sepatutnya sebelum buat kena tanya dulu, bukan dah buat orang kena tanya mereka (penganjur dan penaung) mengapa mereka buat,” katanya.

Beliau juga melihat tindakan Fathul Bari mempertahankan Rosmah itu sebenarnya akan terus mengheret pemimpin itu kekal dalam maksiat.

Ulama muda Umno tersebut juga dilihat cuba membersihkan Rosmah yang menaungi penganjuran itu agar kesalahan itu ditanggung oleh penganjur.

“IFF boleh terus berkarya menghasilkan reka fesyen selama mana ia tidak bertentangan dengan Islam dan Datin Seri Rosmah boleh menaunginya tanpa halangan selama mana ia tidak mengulangi penganjuran seperti di Monte Carlo,” tambahnya.

Dewan Pemuda PAS juga, ujarnya akan memberikan pandangan bertulis yang berasaskan Islam kepada penganjur mengenai perkara itu.

Timbalan Ketua Lajnah Ulama Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Azhar Yahya dalam kenyataannya pula menganggap tindakan IFF itu secara spontan telah mengguris perasaan para pecinta Rasulullah s.a.w. dan pendokong syariat Islam.

Katanya, sekiranya Rosmah tidak mahu bertanggungjawab jangan sesuka hati hendak menjadi penaung kepada program seperti itu.

“Fathul Bari bila dikalungkan sebagai ulama muda, maka pastinya akan mempertahankan pengalungnya.

“Kini isteri pengalungnya sedang dipaliti najis yang dinamai kononnya Islamik, maka tidak hairanlah Fathul Bari muncul dengan megahnya di PWTC membelai manja para perwakilan kononnya pembangkang tidak berakhlak Islam,” katanya.

“DPP PUTRAJAYA – KIPAS MENGIPAS INI TELAH  DILAKUKAN OLEH ULAMAK YANG BERDAMPING DENGAN KERAJAAN SEJAK DAHULU LAGI, ANTARA SEBAB KEJATUHAN TAMADUN ISLAM APABILA HARGA DIRI ULAMA TELAH DIJUAL DENGAN NILAIAN YANG RENDAH SEHINGGA SANGGUP KADANG-KADANG MEMPERTAHANKAN PERKARA YANG JELAS” KEMUNGKARANNYA…ASTAGFIRULLAH”