Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.
“Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.
“Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.
“Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?” soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.
“Muhyiddin sebenarnya sedang beremosi apabila janji di Manek Urai belum lagi ditunaikan, namun kini datang pula pilihan raya kecil di Galas yang hanya bersebelahan.
“Ia merupakan satu mimpi yang menakutkan, kerana tidak terfikir ada pula pillihan raya kecil di Kelantan, kebetulan tidak jauh daripada Manik Urai.
“InsyaAllah rakyat Galas akan ajar pemimpin dan parti yang pandai menabur gula di bibir pada 4 hb Nov 2010,” katanya.
Muhyiddin pada sidang media selepas pengumuman calon BN bagi kerusi DUN Galas, di Gua Musang semalam berkata Umno bercakap begitu bukan kerana mereka parti yang bongkak atau sombong tetapi berdasarkan realitinya yang memang mereka berupaya.
Kata Idris lagi, kenyataan Muhyidin itu seperti menggambarkan beliau seorang yang terhalang dari menerima maklumat dan tidak pernah melihat bagaimana PAS Kelantan membangunkan negeri selama 20 tahun lebih memerintah.
“Ini satu kenyataan yang bersifat emosi, mungkin Tan Sri Muhyiddin baru keluar betapa daripada Gua Tempurung terus ke Galas.
“Mungkin beliau juga seorang yang buta maklumat dan tidak pernah melihat dunia Kelantan,” katanya.
Menurutnya lagi, pengundi Galas sudah selesa di bawah PAS dan Pakatan Rakyat dan mereka sendiri telah melihat keupayaan PAS memerintah Kelantan berbanding dengan Umno.
Rakyat katanya sudah muak dengan sikap Umno yang hanya bercakap dengan penuh retorik setiap kali pilihan raya diadakan.
Menurut Idris, rakyat, khususnya di Kelantan juga menyedari “busuk hati” pemimpin Umno yang tidak menghormat federalisme sehingga menyebabkan 118 projek kerajaan pusat di Kelantan tidak dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia Keenam pada 1991 yang lalu.
“Inilah sikap busuk hati pemimpin Umno yang mengkhianat sesama bangsa, kerana perbezaan ideologi.
“Usah buang masa di Galas. Rakyat Galas sudah tidak perlu kepada Umno dan orang-orang yang sama seperti Muhyiddin,” katanya.
“DPP PUTRAJAYA – KADANG2 ADA ORANG YANG TIDAK FAHAM ATAU BUAT2 TAK FAHAM ISTILAH MISKIN DAN KAYA, DIA KATA MISKIN TAPI HAKIKAT KAYA, DIA KATA KAYA, TAPI HAKIKAT SEBENARNYA MISKIN…KEPALA PUN SUDAH PUSING..KASIK TURUN SAMA’ DIA..JOM ORG2 SABAH.. “
Sunday, November 21, 2010 at 3:15 pm
taik!!!! pergi mati la politik (PAS,DAP,PKR)!!!!!!!! Hidup najib…hidup UMNO..1 MALAYSIA……………………
Thursday, December 2, 2010 at 9:01 am
Sejak merdeka sehingga kini sudah lebih 50 tahun , Melayu belum menjadi tuan .
UMNO dan BN awal – awal lagi sebenarnya tidak layak pun hendak bercakap soal Ketuanan Melayu , apalagi bersilat untuk mempertahankannya . Keris panjang tidak bersarung milik UMNO selama ini tidak ubah seperti keris sisip di pinggang sang pengantin . Bukan sahaja tidak berfungsi malah sedikit pun tidak menambah keberanian sang pengantin selain hanya menurut sahaja apa yang disuruh . Disuruh bangun mereka bangun , disuruh duduk mereka duduk , disuruh senyum mereka senyum , disuruh suap mereka suap , disuruh makan mereka makan , disuruh basuh periuk belanga mereka basuh. Menurut saja apa yang disuruh walau keris tersisip dipinggang , bersampin dan bertanjak .
Sepanjang tempoh 50 tahun lebih inilah , menyaksikan melayu hilang maruah , hilang jati diri , hilang tanah , hilang kuasa , hilang upaya ekonomi dan hilang kehebatan . Malah fenomena ini diakui sendiri oleh pemimpin UMNO dan BN apabila sehari dua ini mereka selalu bertanya kemanakah hilangnya kuasa politik orang melayu ? . Walaupun soalan itu seperti mahu menyalahkan Pakatan Rakyat tetapi rakyat umumnya mengetahui bahawa Pakatan Rakyat belum sepenggal mengurus pemerintahan beberapa buah negeri yang dimandatkan oleh rakyat , sementara Kerajaan Persekutuan masih berada di bawah pemerintahan UMNO dan BN malah berkuasa penuh sejak lebih 50 tahun yang lalu . Pertanyaan itu seperti UMNO meludah ke langit dan akhirnya menimpa muka sendiri .