Posted on by HermanSamsudeen

 

26 November 2007 : Kempen Bahaya BN yang dibawa melalui Gelombang Kuning versi PAS Wilayah Persekutuan telah mengemparkan Kompleks beli belah Alamanda di Putrajaya pada tengahari semalam. Kumpulan Kuning yang diketuai oleh Ahli Jawatankuasa BERSIH, Hj Anuar Tahir bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS WP, Ust. Nazir Zakaria telah berjaya menarik perhatian orang ramai.

Risalah-risalah Kenaikkan Harga Barang dan BERSIH diedarkan kepada orang ramai. Rakyat yang hadir memberikan respon yang positif dan meminta agar kumpulan ini dapat hadir di Alamanda pada setiap minggu.

Sedikit kekecohan berlaku dipenghujung program bila mana Unit Keselamatan Alamanda berusaha untuk menghalang edaran risalah berkenaan dengan alasan tiada kebenaran bertulis dari pihak pengurusan Alamanda. Walaubagaimana pun gangguan tersebut tidak dapat menghalang Gelombang Kuning yang telah datang lebih awal untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Pasukan Kuning ini telah berpecah kepada tiga kumpulan dan menyebabkan pihak pengurusan Alamanda berputih mata melihat risalah-risalah tersebut dibaca dengan penuh senyuman oleh rakyat yang hadir.

Sebelum beredar, Ust. Nazir berunding secara baik dengan wakil Keselamatan Alamanda dan memaklumkan bahawa kumpulan ini akan datang lagi dan meminta agar pihak pengurusan Alamanda bersikap terbuka untuk membenarkan rakyat mengetahui hak mereka.

Sebelum itu, pasukan Kuning ini juga telah melawati Pasar Rakyat di Taman Maluri di Titiwangsa dan Pasar Rakyat di Presint 8 Putrajaya. Program edaran risalah dan ceramah bergerak oleh Ketua Pemuda Wilayah, Sdr. Kamaruzaman Mohamad telah berjaya membawa perhatian rakyat untuk mendengar dan memahami isu yang dibawa.

Kehadiran Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato’ Mustapha Ali yang turut sudi meluangkan masa untuk bersama Gelombang Kuning di Wilayah juga mendapat sambutan yang amat baik dari rakyat dikedua-dua kawasan yang dijangkakan akan ditandingi oleh PAS pada pilihanraya akan datang dapat. Ini adalah pentanda awal bahawa gelombang Kuning dan aura PAS semakin dirasai di Wilayah.

Kedua-dua pemimpin yang hadir memberikan kredit kepada PAS Wilayah dan berharap agar program ini dapat diteruskan dan dilakukan secara lebih kerap lagi. Kawasan-kawasan yang belum dikunjungi juga perlu diaturkan agar rakyat dapat mengetahui isu-isu semasa dan hak mereka disamping dapat mempromosikan Gelombang Kuning.